Euforia Bola 2026
Trending By: tex_admin April 21, 2018 @ 9:00am

Ada Cacing Mati Dalam Tin Sardin, Produk Jenama Terkenal Ditarik Balik!

Kalau anda perasan sebelum ini viral di media sosial mengenai cacing mati yang ditemui dalam produk ikan sardin dalam tin dari negara China. Isu ini telah menimbulkan kebimbangan dalam kalangan masyarakat kita.

Berikutan kes tersebut, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengarahkan syarikat pengimport sardin dalam tin iaitu jenama TL Tan Lung dan TLC untuk menarik balik kesemua produk berkenaan dari pasaran negara ini. 

Menurut laporan daripada pihak KKM, hasil analisis yang dilakukan terhadap dua jenis produk ini telah mendapati bahawa produk keluaran daripada syarikat Fujian Yongfa Co. Ltd dan Dongshan Dongyi Foods Co. Ltd tidak mematuhi Akta Makanan 1983 kerana mengandungi bendasing iaitu nematoda (sejenis cacing). Analisis tersebut dibuat menggunakan Genus Anisakis Spp.

Foto: Apekecoh

Foto: MyNewsHub

Bagi anda yang gemar makan ikan sardin dalam tin, jangan risau, sebab pihak KKM akan terus menjalankan pemantauan ke atas semua produk ikan sardin dan mackerel dalam tin yang diimport di negara ini. Sekiranya, ia tidak mematuhi Akta Makanan 1983, tindakan penguatkuasaaan akan diambil.

Nampaknya, lepas ini kita perlu berhati-hati kalau nak masak produk makanan dalam tin ini. Anda perlu periksa terlebih dahulu ya! Risau nanti akan memberi kesan pula pada kesihatan kita. Jika anda mengalami sebarang kemusykilan berhubung dengan isu keselamatan makanan, anda boleh hubungi Kementerian Kesihatan Malaysia.

Sumber: Astro Awani

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Sat, 15 Sep 2018

黄色香蕉插在红酒瓶口!酒鬼人生不能没有的超可爱酒瓶塞

喝不完的红酒、白酒酒瓶,为了不让味道散失,只能把软木塞堵住瓶口,避免味道不够浓醇……

Hiburan Fri, 17 Nov 2023
Featured Tue, 18 Oct 2022
Hiburan Fri, 3 Oct 2025

Penuh Emosi, Adira Suhaimi Menangis Ketika Mendendangkan Atouna El Toufoule

Adira Suhaimi menangis nyanyi Atouna El Tofoule

Featured Tue, 13 Sep 2022
Trending Sun, 7 Jun 2020
error: Content is protected !!