Euforia Bola 2026
Featured By: Atiqah Johari June 15, 2022 @ 6:12pm

“Ada Yang Lagi Ketat Daripada SOP” – Netizen Kritik Pakaian Renang, Minta Nabila Razali Delete Hantaran

Baru-baru ini, penyanyi Nabila Razali memuat naik sekeping foto di akaun rasmi Instagram (IG) miliknya yang memaparkan dia sedang bercuti di sebuah pulau.

Menerusi hantaran tersebut, Nabila berkongsi kegembiraannya yang sedang bercuti di sebuah resort sambil menikmati keindahan air laut di Pulau Redang hujung minggu lalu dengan memaparkan dia berpakaian renang berlengan panjang, topi dan bercermin mata hitam.

“Happy weekend everyone! Look how clear the water is!” tulisnya di ruangan kapsyen.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by 🐈 (@nabila.razali)

Namun demikian, foto yang dimuat naik itu telah menerima kritikan dan teguran daripada warganet kerana menampakkan bentuk tubuhnya dalam pakaian tersebut.

Ruangan komen foto tersebut telah dihujani dengan teguran warganet kepada Nabila yang hanya menutup rambutnya dengan topi sehingga menampakkan bahagian leher dan netizen berpendapat penampilan terbabit kurang bersesuaian dengan wanita yang berhijab.

“Leher aurat kan?

“Cover leher tu pretty.

“Itu pakai tudung tak itu?” tulis warganet.

Sehubungan itu, rata-rata warganet meminta Nabila atau nama sebenarnya Nur Nabila Mohd Razali, 30, untuk memadam foto tersebut kerana tidak manis dilihat oleh khalayak ramai kerana dia membawa imej sebagai wanita bertudung.

“Kalau boleh jangan post gambar ni please. Tak manis orang tengok. Kalau boleh simpan sendiri je, jangan tunjuk kat orang lain.

“Baju tu hmm… ketat. Please jangan post benda macam ni.

“Sekarang punyalah banyak swimming suit cantik-cantik, ni pakai macam ni, upload kat IG. Dah sah-sah la kena kecam sebab awak tu artis bertudung.” tegur warganet diruangan komen.

Sehingga kini, hantaran tersebut telah meraih lebih 62,000 tanda suka daripada pengikut Instagramnya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 21 Jul 2018

Al- Fatihah…Bapa Rosma Meninggal Dunia

Rosmawati dan suami, Khai, bersama semua anggota keluarga berada di sisi Allahyarham ketika menghembuskan nafas terakhir.

Hiburan Mon, 22 Jan 2024

Hadiahkan Barangan Peribadi Untuk Peminat, Konsert Wings The Rock Emperor Bakal Gegarkan Pulau Pinang 24 Februari Ini!

“Dah tentu konsert ini tidak akan sama seperti yang berlaku di Shah Alam. Kita akan ubah sikit repertoire dan juga persembahan serta akan jadikan intronya lebih menarik di Pulau Pinang” – Wings

Featured Mon, 30 Sep 2019
TECH Tue, 9 Oct 2018

Menarik! Jom Ubah Suara Pada Whatsapp

Berikut kami kongsikan cara untuk mengubahnya kepada jenis suara yang unik dan lucu. Caranya sangat mudah, ikuti sahaja langkah berikut.

Trending Wed, 1 Nov 2023
error: Content is protected !!