Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin September 4, 2022 @ 10:05am

“Adakah Lagu Ini Tidak Bagus?” – Haqiem Rusli Hairan ‘Mimpi’ Tak Tersenarai Top 5 AIM23

Penyanyi Haqiem Rusli mempertikaikan lagu Mimpi tidak tersenarai sebagai calon Top 5 Anugerah Industri Muzik ke-23 (AIM23) yang bakal berlangsung tidak lama lagi.

Menurut Haqiem atau nama sebenarnya, Ridzuan Haqiem Rusli, 24, pihak pengurusannya, FMC Music telah mencalonkan lagu Mimpi untuk bersaing dalam enam kategori namun malangnya tidak tersenarai sebagai calon akhir.

“Saya pelik apabila dimaklumkan lagu Mimpi langsung tak masuk senarai calon top 5 AIM.

“Kegagalan itu turut menimbulkan tanda tanya, adakah lagu ini tidak bagus? Namun saya yakin rezeki itu Allah yang atur dan susun.

“Jadi saya serahkan sahaja perkara ini pada pihak pengurusan FMC Music,” katanya.

Mimpi ciptaan Haqiem dan lirik oleh Datuk A. Aida pernah meraih tempat ketiga di Anugerah Juara Lagu ke-36 pada Mac lalu.

Dalam pada itu, wakil pihak pengurusan Haqiem dalam satu kenyataan berharap agar jawatankuasa AIM23 menyemak semula senarai calon akhir.

“Kami sedia maklum AIM adalah anugerah yang diberikan kepada karya berkualiti dan bukan bersandarkan populariti lagu semata-mata.

“Kami tidak akan mempertikaikan sekiranya lagu ini tidak pernah memenangi apa apa anugerah yang melalui proses penjurian profesional.

“Malah kami sangat yakin bahawa ini lagu Mimpi layak untuk berada dalam senarai top 5 AIM23 untuk beberapa kategori,” ujar wakil FMC.

FMC telah mencalonkan lagu Mimpi untuk kategori Lagu Pop Terbaik, Vokal Lelaki Terbaik, Susunan Muzik Terbaik, Rakaman Lagu Terbaik, Runut Bunyi (OST) Terbaik Di Dalam Drama dan Muzik Video Terbaik.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 6 Aug 2018

Lombok Bergegar Lagi, Rakyat Malaysia Diminta Bertenang

“Kedutaan Besar Malaysia kini mengaktifkan Bilik Operasi dan rakyat Malaysia yang berada di Lombok yang memerlukan bantuan konsular boleh menghubungi nombor telefon +62215224947 dan +62 8138081 3036 (Whatsapp) serta emel [email protected] / [email protected],” kata kenyataan Kedutaan Besar Malaysia.

Trending Wed, 4 Jul 2018

TERKINI : Najib Razak Diwakili 7 Peguam Bela

Datuk Seri Najib Razak dilihat bakal diwakili oleh barisan 7 peguam bela yang diketui oleh peguam kanan , Tan Sri Dr Muhammad Shafee Abdullah. 

Trending Tue, 2 Jul 2019

Pemandu Lori Maut Di Kawasan Perindustrian Mengkibol Kluang

Kecederaan agak parah di bahagian muka dan kepala serta disahkan meninggal dunia di tempat kejadian

Hiburan Tue, 7 Jan 2020
Hiburan Wed, 3 Jul 2024
Hiburan Tue, 5 Mar 2024
Hiburan Mon, 11 Sep 2023
error: Content is protected !!