Euforia Bola 2026
Featured By: Nurul Hana May 17, 2023 @ 8:17pm

Adam Shamil Sampai Mesej Penghargaan Melalui Lagu ‘Bantu’

Pempengaruh digital, Adam Shamil Misran, 29 atau nama pentasnya sebagai Adam Shamil kini bersedia untuk melakar lebih jauh dalam industri hiburan tanah air setelah secara rasminya menjadi artis terbaru World Peace Entertainment (WPE) Sdn Bhd yang juga dinaungi oleh Ismail Izzani dan Naim Daniel.

Adam adalah seorang penyanyi, pengacara, pencipta kandungan digital, aktivis dan usahawan. Pernah dilamar oleh United International Pictures untuk menemubual pelakon dan pengarah filem Hollywood Pacific Rim: Uprising di Beijing, China, Adam Shamil juga merupakan personaliti digital pertama dari Sabah yang dipaparkan oleh Netflix untuk iklan komersial di seluruh negara.

Dalam usaha memahatkan namanya dipersadan seni tanahair, Adam bakal tampil dengan sebuah single terbaharu berjudul ‘Bantu’ hasil kolaborasi Shazriq Azeman, Darien, Omar K dan Adam sendiri.

Bait-bait lirik ‘Bantu’ menjurus tentang hal menghargai dan menyantuni tentang pengorbanan seseorang yang bersama kita dalam apa jua perihal kehidupan baik dalam susah mahupun senang.

“Single ‘Bantu’ adalah lagu yang dihasilkan oleh Darien, Shazriq Azeman, Adam Shamil dan Omar K serta saya sendiri tentang menghargai orang yang mengubah hidup anda. Ia adalah karya indah yang didedikasikan untuk seseorang yang telah bersama anda, melalui perjuangan dan membantu membentuk anda menjadi orang yang anda ada hari ini, sehinggakan walaupun suatu hari orang itu meninggalkan dunia ini, anda boleh tenang dengan mengetahui bahawa mereka akan sentiasa bersama walau secara rohani, dan bahawa anda akan sentiasa memerlukan mereka dalam semangat anda untuk membantu membuka mata anda dan melihat dunia.

“Dan sementara pendengar boleh mendedikasikan lagu ini kepada sesiapa sahaja yang bermakna kepada mereka, saya mendedikasikan ini kepada ibu saya yang merupakan ibu tunggal dan nenek saya. Kedua-duanya adalah tiang dan kekuatan saya dan saya tidak akan berada di tempat saya hari ini tanpa bimbingan mereka.

“Melalui single ‘Bantu’ ini juga, mesej yang ingin disampaikan diharap dapat memberi manfaat seterusnya meninggalkan kesan yang positif kepada orang ramai. Di samping itu, saya juga ingin memberi motivasi kepada para pendengar bahawa dalam kita mengejar cita-cita, jangan pernah kita lupa akan mereka yang teguh bersama dengan kita sejak dari kita memulakan langkah yang pertama itu,” kata Adam.

Adam juga berharap agar single ‘Bantu’ dapat diterima baik oleh semua dan bersyukur kepada semua pengikut dan peminatnya yang tidak pernah jemu menjadi penyokong setia dari awal.

“Harapan saya agar single ini mendapat sambutan yang baik dari semua. Saya turut mengucapakan jutaan terima kasih kepada semua followers serta peminat yang tidak pernah jemu menjadi penyokong setia saya dari awal kemuculan saya sebagai pempengaruh digital sehinggalah bergelar penyanyi sekarang,” katanya lagi.

Menurut Darien, Penulis Lirik, World Peace Entertainment (WPE) Sdn. Bhd.,’Bantu’ merupakan sebuah lagu yang ditujukan kepada mereka yang sentiasa ada, dan membantu kita walau apa jua keadaan. Lagu ini tercipta khas bagi berkongsi rasa terima kasih kepada mereka. Omar K, Shazriq dan Adam amat profesional dalam propses menulis dan penghasilan lagu ini.

Single ‘Bantu’ serta muzik video ini diterbitkan sepenuhnya oleh World Peace Entertainment Sdn. Bhd dan ia merupakan hasil garapan dan suntingan sepenuhnya oleh pasukan produksi milik Adam Shamil yang berpusat di Kota Kinabalu. ‘Bantu’ akan mula menemui peminat menerusi corong-corong stesen radio tempatan, laman YouTube serta laman sosial media –Instagram, TikTok bermula 12 Mei 2023. Lagu ini juga boleh didengari melalui penstriman di atas talian seperti Spotify, Joox, Apple Music dan lain-lain. Layari saluran Youtube World Peace Entertainment untuk maklumat lanjut.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

LIFESTYLE Tue, 3 Apr 2018

Sebak! Susut 30 Kilogram Akibat Hiper Tiroid

Dengan nada yang kurang jelas dan tersekat-sekat, keadaan fizikal Nurliyana turut berubah apabila tulang rahangnya kini membesar sehingga menyebabkan mulut terkeluar dan turut menjejaskan penglihatannya.

Featured Sat, 29 Apr 2023
Hiburan Wed, 20 May 2026

Menari Lepas Terima 2 Saman Dalam Sehari.. Netizen Kecam, Dakwa Kasih Iris Leona Entitled Rich Kids?

Rama mendakwa tindakan Leona seolah-olah tidak bertanggungjawab dan bangga melanggar peraturan jalan raya.

Hiburan Thu, 12 Jun 2025

Syed Iqbal Menyerlah Dengan Basstamam, Lirik ‘Wahai Bulan Purnama’ Jadi Tumpuan di TikTok!

Penyanyi baharu, Syed Iqbal mencuri tumpuan ramai menerusi single sulungnya “Basstamam”.

Hiburan Fri, 1 Mar 2019

Hamil Anak Kedua, Hanis Zalikha Asyik Mengidam Makanan Manis

Semoga segala urusan bersalin anak kedua Hanis dipermudahkan Allah SWT… Insya Allah.

Hiburan Tue, 19 Dec 2017

INI SEBAB KENAPA SAHARUL RIDZWAN TERHARU

Pelakon Zahir Tak Terucap ini menyatakan rasa syukurnya kerana, doa yang dimintanya selama ini telahpun dimakbulkan.

Featured Thu, 20 Mar 2025

“Doing Couple Stuff Like This Is So Fun”- Kini Giliran Jefri Nichol Pula Tayang Seluar Jeans Tertera Huruf ‘A’

Pasangan popular, Jefri Nichol dan Ameera Khan kelihatan semakin terbuka berkongsi perasaan mereka di media sosial.

error: Content is protected !!