Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin August 29, 2025 @ 5:48pm

Afdlin Shauki, Aaron Aziz, Nabil Ahmad & Nabila Huda Bergabung Jayakan SocialCeleb, Platform Baharu Cari Bintang Hiburan

Impian untuk menjadi bintang kini semakin mudah dicapai tanpa perlu berhijrah ke ibu kota. SocialCeleb, sebuah platform pencarian bakat digital inovatif, melancarkan misi pencarian bakat berskala nasional dengan sokongan nama-nama besar industri hiburan.

Barisan Star Mentors yang terlibat terdiri daripada pelakon dan pengarah terkenal Datuk Afdlin Shauki, pengacara serta pelawak popular Nabil Ahmad, pelakon versatil Nabila Huda, dan ikon aksi Datuk Aaron Aziz.

Turut bersama ialah Harszan, Satthiya Kandi, Hubert Lee dan Bella Astillah yang akan berganding bahu memberi inspirasi serta bimbingan kepada peserta.

Melalui gabungan bengkel eksklusif, showcase secara langsung dan uji bakat profesional, SocialCeleb membuka peluang kepada peserta untuk merasai pengalaman sebenar industri hiburan daripada skrin telefon ke layar perak, drama bersiri dan platform OTT.

Berbeza dengan program pencarian bakat konvensional, SocialCeleb menawarkan pakej penyertaan bernilai RM110 yang merangkumi kad SIM Lifetelco dengan 110GB data selama dua bulan, perlindungan insurans kemalangan diri sehingga RM50,000, akses ke saluran kandungan OTT eksklusif dan peluang uji bakat rasmi untuk produksi sebenar

Pengarah Rangkaian Lifetelco, Saraleana Nattaya Azmi berkata platform ini membuka ruang kepada semua rakyat Malaysia, tanpa mengira lokasi.

“Anda tidak perlu berada di Kuala Lumpur untuk diketengahkan. Cukup dengan bakat, kesungguhan dan keyakinan diri. Kami menyediakan akses, alat dan laluan sebenar untuk membawa bakat anda ke pentas lebih besar,” katanya.

Para Star Mentors turut berkongsi semangat mereka menyokong inisiatif ini. Datuk Aaron Aziz menegaskan SocialCeleb adalah ruang untuk memberi semula kepada industri.

“Inilah masa untuk kami memberi kembali kepada industri yang membesarkan kami. Bukan sekadar mengadili, kami juga membimbing, memberi peluang dan membuka pintu untuk generasi seterusnya mencurahkan keringat mereka kepada industri hiburan,” ujarnya.

Bagi Datuk Afdlin Shauki, SocialCeleb lebih daripada sekadar pertandingan.

“Apa yang paling saya suka, platform ini menghubungkan bakat-bakat baharu dengan bengkel berstruktur, bimbingan mentor dan projek industri sebenar. Saya teruja menjadi sebahagian daripada sistem yang membantu membina kerjaya yang mampan dan bukan sekadar populariti sementara,” katanya.

Sementara itu, Nabil Ahmad menyifatkan platform ini sebagai ruang latihan sebenar untuk generasi baharu.

“Bakat sahaja tidak mencukupi. Apa yang ramai orang perlukan ialah pendedahan, latihan dan bimbingan yang betul serta akses kepada peluang yang sebelum ini mungkin hanya terbuka kepada kelompok tertentu.

“Saya berasal dari kampung, jadi saya faham betapa sukarnya untuk menembusi industri hiburan tanpa bantuan atau sokongan. SocialCeleb datang sebagai platform yang inklusif dan adil, malah sesiapa sahaja boleh mencuba, tidak kira latar belakang.

“Peserta juga diberi akses kepada pelbagai kemudahan seperti data internet, insurans, bengkel eksklusif dan peluang uji bakat untuk produksi sebenar. Ini bukan ‘one-off show’, ini adalah pelaburan dalam kerjaya. Saya bangga menjadi sebahagian daripada gerakan ini,” katanya.

Bagi Nabila Huda, penyertaan beliau adalah tanda komitmen terhadap pembangunan bakat baharu.

“Saya sangat bersemangat untuk menjadi sebahagian daripada perjalanan ini. Kita bukan sekadar menilai, malah kita juga membimbing. Paling penting, kita turut membantu membuka pintu kepada mereka yang berpotensi untuk mengetengahkan bakat dengan lebih berani dan yakin,” katanya.

Pendaftaran dibuka mulai 9 September 2025 di laman web rasmi: www.social-celeb.com

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 19 Feb 2020
Trending Sun, 21 Apr 2019

Video Pergaduhan Dua Pelajar Kolej Vokasional Tular

Punca pergaduhan dua pelajar lelaki yang kedua-duanya berumur 16 tahun itu masih tidak dapat dipastikan.

Events Wed, 8 Feb 2023

Bersedia Jadi Suami, Aiman Tino Bakal Bernikah Selewatnya April Tahun Ini

Tahniah Aiman & Syarah! Semoga dipermudah urusan 😍

Trending Sun, 3 Nov 2019

Dulu Digelar Pengutip Sampah Kini Usahawan Berjaya

Jangan dihina sekali pekerjaan seseorang itu

Featured Tue, 1 Nov 2022

[VIDEO] Kesal Sering Terima ‘Tempias’, Kakak Iman Troye Tak Gemar Ada Selebriti Dalam Keluarga Gara-Gara…

Iman ni jiwa dia besar. Dia suka apa dia buat sekarang – Kakak Iman Troye

Hiburan Thu, 23 Aug 2018

T-ara芝妍撞鬼搬家⋯祂竟跟到新宿舍!

韩国女团T-ara过去在宿舍里撞鬼的经历也被掀出,她们出道前曾误住入闹鬼宿舍,芝妍、昭妍都在同个位置看见不同的鬼!

Hiburan Sat, 14 Mar 2026

Shiha Zikir Sedih, Bergenang Air Mata Bila Noraniza Idris Dikecam Kerana Suka Lagu ‘Minta Ampun’

Shiha Zikir terkejut melihat komen kurang menyenangkan yang ditinggalkan di media sosial terhadap Noraniza Idris.

Hiburan Mon, 25 Feb 2019

Jom Sertai Farah Nabilah, Kilafairy, Tya Arifin Di Celebpreneur 2019

Kita harap jelajah ini dapat buka peluang untuk golongan wanita khususnya bagi menjana pendapatan sampingan dengan menjadi agen mahupun stokis. Siri jelajah Celebpreneur 2019 ini dirancang di beberapa lokasi di seluruh negara. Selepas Johor, jelajah ini akan diteruskan di Pulau Pinang pada 8 Mac, Sabah (16 Mac) dan Sarawak (17 Mac)

error: Content is protected !!