Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Faida November 7, 2019 @ 1:53pm

Aina Abdul Pernah Dilabel Penyanyi ‘Berangan’?

Selepas lima tahun menyimpan niat untuk masuk ke Anugerah Juara Lagu, penyanyi Aina Abdul semakin optimis dengan mimpinya.

Ini kerana lagu ciptaannya, Sumpah berjaya mara ke pentas separuh akhir Muzik-Muzik 34 yang diumumkan, semalam.

Dalam pada itu, Aina ketika ditemui memberitahu dia tidak kisah disebut penyanyi ‘berangan’ sejak dari awal memulakan tanda pagar ‘Road To Ajl’.

“Ada yang kata saya berangan setiap kali saya menulis hasgtag Road To Ajl untuk posting lagu Sumpah. Sudah lama saya impikan untuk masuk ke Juara lagu. Walaupun baru sampai ke peringkat semi final, saya anggap ini sebagai sebuah pencapaian membanggakan,” katanya.

Tambah Aina lagi, selaku komposer dan penyanyi, dia mengetengahkan mesej tentang mental health atau kesihatan mental sepenuhnya dalam lagu ini.

“Ini bukan lagu cinta. Saya percaya setiap orang melalui fasa pernah tertekan dalam diri. Kalau hari ini kita gembira, esok boleh jadi kita sedih pula. Secara peribadi saya pendiam orangnya jadi cara saya bercerita menggunakan pendekatan dalam lagu.

“Jangan salah faham ini bukan lagu bercerita tentang cinta kerana ia sebuah lagu menceritakan seseorang yang sedang ‘berlawan’ dengan diri sendiri kerana itu adalah masalah sebenar dalam setiap orang,” akhiri pemilik nama sebenar Nurul Aina Abdul Ghani ini.

Anak didik Ratu Rock, Ella itu berkata, dia berharap tuah ‘melekat’ dalam merealisasikan impian yang sudah lama terpendam.

Good luck, Aina!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 16 Jan 2019

Elak Ada Babak Nur 2 Bocor, Pengarah Letak Syarat Ketat Di Set

Azar membawakan watak wanita yang daring. Saya harus puji keberaniaanya untuk menggalas cabaran membawakan watak Juita.

Featured Thu, 2 Mar 2023
Featured Fri, 17 Mar 2023
Contest Wed, 27 Nov 2019
Hiburan Fri, 30 Mar 2018

Lagu Baru Zizi Kirana, Dilabel Lagu Sampah!

Lagu yang mendapat kerjasama penyanyi hip hop Waris ini ternyata berlainan sama sekali jika dibandingkan dengan lagu yang terdapat pada single pertama beliau iaitu, Boleh Jalan

Featured Fri, 13 Sep 2024
Featured Tue, 13 May 2025

[VIDEO] “Buang Tatu, Buang Benda Haram & Berubah Jadi Muslimah Lebih Baik” – Nilam Ortiz & Azlan Komeng Ikhtiar ‘Berubat’

Nilam berkata ikhtiar rawatan ini dianggap sebagai ‘berperang’ kerana untuk membuang ‘benda’ tersebut bukanlah mudah.

error: Content is protected !!