Euforia Bola 2026
Trending By: SGMS Faida February 23, 2018 @ 6:23am

AIR SUNGAI TERKOTOR DI DUNIA BOLEH DIMINUM DALAM MASA TUJUH TAHUN

Bayangkan air dari sumber sungai paling kotor di dunia akhirnya boleh diminum. Sesuatu yang luar biasa namun persoalannya, korang berani tak? Hehe…

Sungai Citarum dikenali antara sungai paling kotor di dunia. Tetapi sungai ini bakal melalui proses transformasi tak lama lagi selepas Presiden Indonesia, Joko Widodo mengumumkan projek pembersihan baharu sungai yang terletak di Pulau Jawa itu.

Kredit gambar: Tribun Jabar

Menurut beliau, air dari sungai ini boleh diminum dalam masa tujuh tahun lagi! Sungai Citarum mengalir 300 kilometer dari mata air di Jawa Barat ke laut berhampiran ibu kot Jakarta dan ia menjadi sumber tenaga untuk tiga stesen hidroelektrik, serta digunakan untuk mengairi 400,000 hektar sawah padi.

Tebing sungai Citarum pula menjadi sumber kehidupan 28 juta penduduk. Pihak kerajaan Indonesia sedang membersihkannya secepat mungkin sebelum ia boleh menjadi sumber air minuman!

Bank Pembangunan Asia (ADB) meluluskan pinjaman AS$500 juta (RM1.95 bilion) kepada Indonesia pada 2009 untuk membantu membersihkan sungai itu.Namun, bank terbabit tidak memberikan maklum balas mengenainya menerusi e-mel.

Kajian yang dijalankan pertubuhan kebajikan alam sekitar di New York, Blacksmith Institute pada 2013 mendapati, paras plumbum dalam sungai Citarum adalah 1,000 kali lebih tinggi berbanding standard air minuman Amerika Syarikat, sementara paras aluminium, magnesium dan besi jauh lebih tinggi berbanding paras dicadangkan.

Untuk pihak yang terlibat dalam proses pembersihan sungai ini nanti, kami ucapkan Selamat Maju Jaya dalam menjadikan Sungai Citarum sebagai sungai terindah dalam masa tujuh tahun lagi. You can do it, guys!

 

Sumber: Reuters

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 26 Aug 2019

This New Technology Platform by EFFRO Just Revolutionized Malaysian’s Events Industry!

A breathe of fresh air in the nation’s events hiring industry!

Trending Mon, 27 Dec 2021

Syafeek & Zazo Juara Lagu Cinta Kita 3, Bawa Pulang Wang Tunai RM50,000

Menewaskan tiga pasangan lain, Syafeek & Zazo berjaya merebut gelaran juara program Lagu Cinta Kita musim ke-3 (LCK3) dan berjaya membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM50,000. Membawakan lagu Akhirnya Kini Pasti nyanyian asal Anita […]

Trending Thu, 11 Jun 2020
Featured Tue, 13 Dec 2022
Trending Sat, 4 Aug 2018
Trending Sun, 1 Nov 2020

Bakal Berkahwin Mac Depan, Neelofa Sah Dirisik PU Riz?

Tahniah Lofa dan PU Riz, semoga hubungan yang dibina berakhir ke jinjang pelamin????

error: Content is protected !!