Euforia Bola 2026
Hiburan By: Khairil Khusyairi March 1, 2024 @ 8:00pm

AJL38: Aisha Retno Tak Letak Harapan Tinggi ‘Sutera’ Menang, Mahu Buat Yang Terbaik

AJL38: Aisha Retno Tak Letak Harapan Tinggi ‘Sutera’ Menang, Mahu Buat Yang Terbaik

Penyanyi Aisha Retno memaklumkan dia tidak meletakkan harapan tinggi untuk menjulang sebarang trofi di pentas Anugerah Juara Lagu ke-38 (AJL38) yang bakal berlangsung di Axiata Arena, Ahad ini.

Bercakap kepada XTRA, Aisha atau nama sebenarnya, Sharifah Aisha Retno Sayed Sipulijam yang kali pertama bersaing di pentas berprestij itu tidak tahu apakah ‘kejutan’ yang bakal ditampilkan finalis lain.

“Saya tak nak terlalu yakin apabila ramai yang memperkatakan lagu Sutera mempunyai peluang besar untuk AJL38.

“Ini kerana, saya sendiri pun tak tahu apakah senjata yang bakal dibawakan finalis lain nanti.

“Namun apa yang penting sekarang ini adalah memberikan persembahan terbaik selain memperkenalkan lagu Sutera kepada lebih ramai pencinta muzik yang mungkin tidak tahu mengenai lagu ini.

“Soal menang atau tidak saya serahkan kepada kuasa juri untuk menentukan lagu mana yang layak diangkat sebagai juara AJL38 pada Ahad ini,” katanya ketika ditemui pada sesi raptai di Axiata Arena, di sini, hari ini.

Kongsi Aisha, persiapan untuk anugerah berprestij itu kini sudah mencapai 90 peratus dan belum merasai sebarang tekanan.

“Setakat ini persiapan sudah siap sebanyak 90 peratus. Kini tinggal untuk mencantikkan persembahan saya nanti kerana bakal menampilkan 22 penari pada hari kejadian.

“Saya pun tak sabar untuk melihat apa keunikan yang bakal dihidangkan finalis lain pada hari Ahad ini.

“Saya pun masih ingat lagi kata-kata Hael Husaini yang memberitahu AJL ini adalah satu perayaan buat komposer dan penulis lirik. Jadi saya nak buat yang terbaik,” katanya.

Aisha turut memaklumkan, dia melantik penyanyi Yuka Khparisma sebagai ketua bahagian kreatif yang akan membantu perjalanannya ke AJL38 termasuk konsep persembahan yang bakal dibawakan nanti.

Untuk info, AJL 38 bakal diadakan pada 3 Mac 2024 di Axiata Arena, Kuala Lumpur.

Jangan lupa saksikan AJL38 jam 9 malam di TV3 dan strim secara langsung di Tonton.

Dibawakan khas oleh penaja utama, Alha Alfa dan rakan penaja, U Mobile. Turut memeriahkan musim ini adalah OhBulan!, XTRA dan Seismik sebagai rakan digital, serta Hot FM sebagai rakan radio.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 7 Aug 2021

Viral Kerana Sering Tiru Suara Siti Nurhaliza, Elizabeth Tan & Nabila Razali, Kini Amsyar Leee Muncul Dengan Single Sendiri

Setelah tular di media sosial dengan video yang mempunyai keunikan meniru ton suara penyanyi terkenal di Malaysia seperti Datuk Seri Siti Nurhaliza, Jaclyn Victor, Nabila Razali dan Elizabeth Tan, kini Muhammad Amir Syafiq Mohd Sadri […]

Featured Wed, 19 Mar 2025

Gagal Tahan Sebak, Bekas Isteri Dedah Sudah Bercerai Dengan Abang Viva… Enggan  Buka Aib – “Saya Hargai Dia”

Kata Eva, dia dan abang Viva atau nama penuhnya, Azwan Omar tidak bermusuh apatah lagi mahu membuka aib-aib masing-masing di media sosial.

LIFESTYLE Mon, 21 May 2018

People are Crazy in Love with Meghan Markle’s Elegant Yet Simple Make Up

Plus, now that she’s royalty, she really gives off a special kind of radiance.

Hiburan Tue, 23 Jan 2024
Hiburan Wed, 12 Jun 2019

‘Bonda Nervous Nak Tambah Satu Lagi’- Yatt Hamzah Umum Hamil Anak Keempat

Mohon doa semua agar bonda yang lasak dan aktif menjaga tiga anak-anak kecil ini kuat dan sihat selalu dan baby dalam kandungan selamat serta kuat ya.

error: Content is protected !!