Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Faida September 7, 2019 @ 12:10pm

Aishah Lawan BBNU?

Kebiasaanya kita selalu mendengar penyanyi Aishah tampil dan menyanyikan lagu-lagu bergenre yang ‘meleleh’.

Antara irama yang menjadi ‘makanan’ penyanyi senior ini seperti balada, patriotik atau irama Malaysia yang sememangnya sesuai dengan kemampuan vokal Aishah.

Menurut penyanyi berusia 54 tahun ini, dia bakal membuat kejutan apabila tampil dengan single ciptaan BBNU (budak baru nak up) tidak lama lagi.

“Tajuk lagu baharu saya, ‘Dunia ini penuh kepalsuan’. Selalu kita dengar tajuk lagu semua pendek-pendek kan? Kali ini saya buat kelainan, tajuk panjang sikit.

“Ciptaan komposer baru namanya Ahmad, cari sesuatu yang baharu. Lagu yang lari dari kebiasaaan saya, saya mahu bila buat persembahan lagu itu mampu dinyanyikan bersama peminat.

“Kalau ditanya kenapa tajuk panjang, saya mahu lari dari kebiasaan. Nak juga rasa macam BBNU,” katanya sambil ketawa.

Akui Aishah, 32 tahun bergelar penyanyi dia sudah mencuba pelbagai genre dan mahu mencuba genre lebih segar.

“Saya anggap ini sebagai cabaran dalam karier seni. Selera peminat juga sudah berubah. Kalau dulu mak mak sahaja yang tegur saya di tempat awam, mana tahu kalau lagu ini mampu menarik perhatian peminat muda pula.

Digelar ‘The Living Legend’, Aishah turut dicalonkan dalam kategori Penyanyi Wanita Popular DuitNow bersama-sama Bintang Paling Popular ABPBH 31, Wany Hasrita; Siti Nordiana, Ara Johari dan Stacy.

Oleh: Fas

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sun, 7 Aug 2022
Hiburan Sun, 2 Mar 2025

Impian Kahwin 2025 Musnah… Saidah Kamarudin, Muntazar Ghufran Putus Tunang Sejak Oktober Tahun Lalu

Saidah Kamarudin dan Muntazar Ghufran putus tunang sejak Oktober tahun lalu.

Featured Thu, 24 Nov 2022
Hiburan Wed, 3 Jan 2018

PEGANG MIKROFON TERBALIK, PROPA KE KHAI?

Kejadian itu menyebabkan  dia sendiri tidak sedar bahawa tindakannya itu mengundang malu lebih-lebih lagi program tersebut bersiaran secara langsung dan semestinya ditonton oleh ribuan rakyat Malaysia

Events Fri, 1 Nov 2019
Hiburan Tue, 5 Dec 2023
Fab Foodies! Thu, 28 Mar 2019
Featured Mon, 12 Aug 2024
Featured Thu, 26 May 2022
error: Content is protected !!