Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi June 10, 2026 @ 11:16am

Ajai Terbuka Kongsi Pentas Semula Dengan Nourul, Tunggu Masa Sesuai

Penyanyi dan komposer, Ajai mengakui tidak mempunyai sebarang halangan untuk kembali berkongsi pentas bersama bekas isterinya, penyanyi Nourul Depp sekiranya diberi peluang pada masa akan datang.

Ajai atau nama sebenarnya Mohamad Faizal Maas, 52, berkata, segala-galanya bergantung kepada rezeki dan kesesuaian waktu memandangkan mereka pernah mencipta sejarah sebagai pasangan duet yang cukup diminati peminat suatu ketika dahulu.

“Insya-Allah, kalau ada rezeki, saya tak ada masalah kalau disatukan di atas pentas.

“Cuma kita kena tunggu masa yang sesuai. Sebelum ini kami pernah digandingkan sebagai rakan duet dan lagu-lagu itu masih diingati sampai sekarang,” katanya.

Ajai berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran single baharu penyanyi Aisha Retno di Kenangan Coffee, Singgah Sana, TRX pada Selasa.

Mengulas mengenai konsert solo Nourul yang berlangsung baru-baru ini, Ajai menyifatkan penyanyi itu memiliki katalog lagu yang cukup kuat untuk dipersembahkan kepada peminat.

“Dari segi katalog lagu, dia memang ada banyak seleksi lagu hit solo. Antaranya Cinta Azali dan Ikhlasnya Cintaku yang masih menjadi siulan ramai.

“Kalau dicampur pula dengan lagu duet, memang banyak pilihan yang boleh dipersembahkan,” katanya.

Bagaimanapun, Ajai mengakui tidak berkesempatan menghadiri konsert berkenaan kerana komitmen kerja yang padat.

Menurutnya, ketika ini dia sedang memberi tumpuan penuh terhadap persiapan dan pengurusan konsert kumpulan Exists yang dijadual berlangsung pada 10 Ogos depan di Unifi Arena, Bukit Jalil.

Terdahulu, hasrat untuk melihat Ajai dan Nourul kembali bergandingan sering disuarakan peminat yang menganggap mereka antara pasangan duet paling serasi dalam industri muzik tanah air.

Dalam perkembangan lain, Ajai turut terlibat dalam pembikinan single terbaharu Aisha Retno berjudul Diari Air Mata terbitan Usanita Entertainment.

Ajai diberi kepercayaan sebagai komposer dan penulis lirik lagu berkenaan yang bakal dijadikan lagu runut bunyi (OST) untuk sebuah drama baharu terbitan UTV.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 28 Oct 2018

71岁汪明荃唱跳两小时!罗家英欲来马买房子

「阿姐」汪明荃《辉煌50 汪明荃2018 云顶演唱会》圆满举行!8月刚过71岁生日的阿姐,入行超过50年,在演唱会上劲歌热舞唱足2小时,把几十年的经典再次演绎一满歌迷的瘾。

Hiburan Sun, 16 Dec 2018
Featured Wed, 18 Jun 2025

Difitnah Terima Rawatan Dari Bomoh Thailand, Azharina Buat Laporan Polis – “Ini Serangan Terhadap Saya Sebagai Wanita”

Azharina bengang apabila individu tidak bertanggungjawab mendakwanya berjumpa bomoh di Thailand.

Hiburan Wed, 18 May 2022

“Saya Memang Bertudung” – Pakai Wig, Normah Damanhuri Tak Mahu Rambut Sendiri Terdedah

Normah Damanhuri mengenakan wig untuk tidak mendedahkan rambutnya sendiri.

Hiburan Thu, 22 Nov 2018

Song Hye Kyo: “I don’t feel any difference…”

Song Hye Kyo shares how her marriage has affected her latest drama.

Hiburan Sun, 11 Aug 2019

Idayu Keluar Single Terbaru

Goodluck Idayu!

error: Content is protected !!