Euforia Bola 2026
Hiburan By: Del14 October 10, 2019 @ 2:18pm

“Ajal, Maut, Jodoh Dan Pertemuan Di Tangan Tuhan…” – Datin Sri Hajjah Shahida

Sebenarnya dah acap kali Dato’ Seri Aliff Syukri beri bayangan seolah-olah rumah tangganya sekarang di landa badai dan warganet pun mula membuat spekulasi  tentang hubungan Aliff dan isterinya Datin Nur Shahida binti Mohd Rashid yang baru sahaja menunaikan haji tempoh hari umpama retak menanti belah.  

Tinjauan Xtra mendapati beberapa hari lepas jutawan kosmetik itu berkongsi satu video bersama anak sulungnya, Ammar Ahyyan di mana dalam  video tersebut Aliff meluahkan rasa rindu kerana sudah lama tidak berjumpa dengan anaknya dan mengatakan walau apapun yang terjadi dia tetap sayangkan anak-anaknya dan bekerja keras demi masa depan mereka.  Adakah perkahwinan jutawan kosmetik ini juga di ambang penceraian seperti  perkahwinan Adira dan Dato’ Red seperti yang dilaporkan media semalam?

 
 
 
View this post on Instagram

Abah sedih.. tapi abah terpaksa pergi..demi pernigaan abah.. Walau apa juga yang elanda Ketika abang sedang sedih ketika abang sedang tenat ketika abang sedang merana .. abg janji kepada anda semua untuk buat yang terbaik dalam akademik jutawan2 @as.legacymalaysia di mana perniagaan ini ..Abang lakukan seorang tanpa bantuan siapa dan juga pihak pengurusan yang baru konsep yang baru dan produk yang baru..Utk bantu lebih ramai orang… Yang ingin berjaya bersama abang . . abang akan matikan Pemborong abang akan matikan leader yang Tidak mengikut arahan dan abang akan pastikan semua orang yang menyertai abang akan mendapat imbuhan pada setiap bulan kepada anda semua yang ingin mengetahui bagaimana caranya untuk menyertai akademik jutawan2 dengan modal RM RM 50 korang boleh WhatsApp nombor telefon abang 014-7326471 Untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan dengan Akademi ini abang tak nak kongsikan di Instagram ataupun dekat Facebook sebab bahaya banyak pengasas produk yang lain cuba mengejar dan meniru abang korang harap faham okey

A post shared by Ohabangkosmetik (@aliffsyukriterlajaklaris) on

Baca: Adira Akhirnya Mengaku Failkan Penceraian

Bila membaca perkongsian Datin Shahida di laman instagram sejak pulang dari mengerjakan haji tahun ini, nampak gayanya seolah-olah Shahida juga sudah tawar hati dengan Aliff kerana selalu membuat perkara-perkara kontroversi dan Aliff juga kerap meluahkan perasaan di media sosial seolah-olah tidak lagi mendapat perhatian dan sokongan isteri yang dikahwininya sejak umurnya baru 20 tahun. 

Pernah menegur suaminya tatkala video Aliff dan Sajat tular di media sosial sedang bergelek berdangdut dengan dialunkan muzik “Cowok Baru”, sewaktu dia di Mekah bersama ibu Aliff, bonda Rozita Ibrahim di Tanah Haram, Shahida seperti sudah penat dengan kelakuan suaminya yang ibarat ‘gila glamor’ itu. 

Baca: Isteri mengerjakan haji, Aliff Syukri berdangdut?

 
 
 
View this post on Instagram

hidup kita kat dunia ni x tahu bila habisnya umur kita….ntah diambil tanpa kita sedia atau tidak…..jadi masa yg ada manfaatkan membuat orang keliling kita bahgia dan gembira…..bahgia dan gembira itu bukan kerana wang ringgit….tapi nilai kasih sayang….yg boleh bantu kita hanyalah diri kita bukan orang lain…..orang hanya mampu mendengar keluhan kita tapi mereka juga manusia punya masalah yg lain juga dlm kehidupan….jadi yg tetap setia mendengar rintihan kita ialah Allah SWT.. . Begitu juga perjalanan hidup kita x ada siapa yg tahu…….ada juga yg bijak meramal begitu begini……tapi bagi saya ajal,maut,jodoh dan pertemuan di tangan Allah…tiada siapa yg tahu…jadi lalui sahaja apa yg telah tertulis sambil kita mampu berdoa menadah tangan kerana doa boleh mengubah takdir kita sebagai manusia… . Tudung sarung @dhaja_hq

A post shared by Nur Shahida Mohd Rashid (@shahidadherbs) on

“Hidup kita kat dunia ni tak tahu bila habisnya umur kita…entah diambil tanpa kita sedia atau tidak…jadi masa yang ada manfaatkan membuat orang keliling kita bahagia dan gembira..

“Bahagia dan gembira itu bukan kerana wang ringgit…tapi nilai kasih sayang..yang boleh bantu kita hanyalah diri kita bukan orang lain…orang hanya mampu mendengar keluhan kita tapi mereka juga manusia punya masalah yang lain juga dalam kehidupan.. jadi yang tetap sedia mendengar rintihan kita ialah Allah SWT..

“Begitu juga perjalanan hidup kita tak ada siapa yang tahu…ada juga yang bijak meramal begitu begini..tapi bagi saya ajal, maut, jodoh dan pertemuan dia tangan Allah…tiada siapa yang tahu…jadi lalui sahaja apa yang telah tertulis sambil kita mampu berdoa menadah tangan kerana doa boleh mengubah takdir kita sebagai manusia..” luah Shahida dalam entri instagramnya.

Betul Datin, apa-apa pun boleh terjadi. Kita hanya mampu merancang, Allah yang mengaturkan.  Doa kami agar Allah mendengar segala keluhan dan rintihan ,dan memberikan Dato, Datin dan anak-anak jalan yang terbaik bagi segala permasalahan. 

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Wed, 17 Jun 2020

Cukup Sayu, Cucu Bagi Bantuan CPR Demi Selamatkan Nenek Dijangkiti Covid-19

Semoga yang baik-baik sahaja buat keluarga pemuda ini.

Hiburan Wed, 14 Mar 2018

Super Junior Hopes For Reunion with All 13 Members

Leader Leeteuk wishes for this to happen ASAP.

Hiburan Thu, 24 Aug 2023
Hiburan Fri, 16 Aug 2019

「金钻组合」郑少秋与汪明荃携手1214开唱!经典电视剧金曲重现

暌违2年时间,秋官和阿姐宣布将于12月14日,再次携手在云顶举办《温馨50电视剧成名曲演唱会》现场将重现多首电视剧金曲赠予粉丝!

Featured Fri, 27 Sep 2024

Tak Berniat Masuk Campur Urusan Rumah Tangga Fattah Amin & Fazura, Abby Abadi Cuma Mendoakan Yang Terbaik

Doakan yang baik-baik. Manatau ada doa yang diterima dalam kalangan korang🤍🤍🤍

Hiburan Fri, 22 Mar 2024
Hiburan Wed, 30 Oct 2019

Tunai Hasrat Sahabat, Ramli Sarip Gegar Pentas IB Tahun Depan!

Dah beli tiket untuk menonton konsert kolaborasi Papa Rock dan Ratu Rock Negara?

error: Content is protected !!