Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi February 16, 2025 @ 2:48pm

AJL39: ‘All Out’ Untuk Puas Sudah, Aina Abdul Harap Penonton Dapat Selami Isi Hati

Penyanyi bersuara lantang, Aina Abdul, sekali lagi menjadi bualan apabila diramal bakal mengulangi kejayaannya di Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-37, yang merangkul kejuaraan serta anugerah Vokal Terbaik menerusi lagu Terus Hidup.

Ketika ditemui XTRA, Aina atau nama sebenarnya Nurul Aina Abdul Ghani, 32, mengakui bersyukur apabila namanya disebut-sebut sebagai salah seorang calon kuat untuk meraih kejayaan di pentas AJL39.

“Doakan yang terbaik. Buat masa ini, saya hanya mahu memberikan sepenuh fokus kepada persembahan dan vokal yang telah saya persiapkan selama berbulan-bulan untuk enam minit yang begitu bermakna ini.”

“Menang atau kalah, saya tetap berharap orang ramai terus menyokong saya, terutama Ainations, yang sentiasa berada di sisi dan menantikan karya-karya saya yang seterusnya,” ujarnya.

Bercerita mengenai konsep persembahan untuk Puas Sudah, Aina berkongsi bahawa idea tersebut mula terhasil selepas berakhirnya Separuh Akhir Muzik Muzik ke-39.

“Selepas tamatnya separuh akhir, saya banyak berfikir tentang apa sebenarnya isi hati dalam Puas Sudah. Saya sudah mempersembahkan hati yang ‘berkecai’ di separuh akhir, jadi saya tidak mahu mengulanginya. Maka, saya cuba mencari pendekatan lain yang lebih mendalam untuk persembahan ini,” tuturnya.

Bagi Aina, setiap persembahan bukan sekadar nyanyian, tetapi sebuah penceritaan yang harus memberikan impak kepada penonton.

“Malam tadi, saya masih menyimpan sedikit tenaga terakhir, yang hanya akan benar-benar hadir apabila saya sudah mengenakan busana persembahan saya. Selagi belum memakainya, saya masih Nurul Aina. Namun, apabila tiba di pentas, saya akan menjadi sepenuhnya Aina Abdul.

“Saya akan datang dengan ‘sekampung’, seperti kebiasaan saya. Setiap kali berada di atas pentas, saya mahu memberikan yang terbaik daripada konsep, busana, hingga ke pementasan keseluruhan. Saya harap penonton dapat merasakan dan menyelami isi hati saya melalui Puas Sudah,” katanya lagi.

Meraih 30,000 undian versi online bagi kategori vokal terbaik, pelantun lagu popular Jangan Mati Rasa Itu mengakui terharu atas sokongan luar biasa peminat terhadapnya sepanjang berkecimpung dalam industri hiburan.

Meskipun tidak terlepas daripada kecaman, Aina tetap optimis dan menjadikan sokongan peminat sebagai sumber kekuatan.

“Saya sangat terharu dan dapat merasakan tenaga peminat setiap hari. Saya menerima begitu banyak mesej sokongan, walaupun saya tidak sempat membalas semuanya. Tetapi percayalah, saya sangat menghargainya

“Persembahan saya malam ini adalah ‘jantung’ yang saya persembahkan buat anda semua,” akhirnya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 23 Jul 2018

Bahaya Terjatuh Dari Kereta Antara Sebab Pak Nil Tak Setuju Dengan Keke Challenge

Pak Nil menyifatkan tarian itu tidak berfaedah malah boleh menyebabkan kemalangan dan membahayakan diri.

Hiburan Fri, 10 Aug 2018

Kaka Azraff Masuk Pasaran Indonesia

Insya Allah jika sambutan baik dan orang mula mengenali saya mungkin itu masa sesuai untuk saya kembangkan muzik saya di Indonesia.

Hiburan Tue, 3 Mar 2026

Janna Nick Dakwa Aktres ‘Scammer’ Pernah Mesej Minta Pinjam Duit, Terkejut Suami Angkat Telefon – “Saya Tak Rasa Nombor Itu Dia Pegang”

Janna mengakui berasa tidak sedap hati dan berharap ada pihak dapat memastikan keadaan sebenar rakannya itu.

Acara Tue, 12 Apr 2022

“Sebelum Body Shaming Orang, Cermin Diri Sendiri Dulu” – Chacha Maembong

Pelakon Chacha Maembong memberikan reaksi terhadap isu body shaming yang masih berleluasa dalam kalangan masyarakat Malaysia. Menurut Chacha, meskipun memiliki masalah berat badan dan pernah menjadi mangsa body shaming, Chacha bersyukur masih ada lagi yang […]

Hiburan Fri, 15 Jul 2022
Hiburan Wed, 1 Oct 2025
Hiburan Sat, 3 May 2025

Ryzal Ibrahim Dipuji Suami Mithali Bimbing Isteri Mualaf Baca Al-Quran, Netizen Doa Kekal Bahagia

Ryzal Ibrahim dipuji berjaya bimbing isteri mualaf, Maryam Younarae dekati agama Islam

Trending Sun, 3 Dec 2023
error: Content is protected !!