Euforia Bola 2026
Oh Lawa By: Yanie Baharom October 18, 2018 @ 5:00pm

Aktiviti Lasak Bukan Lagi Penghalang Buat Wanita Berhijab. Najwa Sports Collection Harus Dimiliki

Jika sebelum ini wanita bertudung sentiasa menghadapi masalah ketika bersukan namun kini dengan hasil rekaan tudung terbaharu oleh Tudung People, imej berhijab bukan lagi menjadi penghalang utama untuk bergiat aktif.

Menerusi edisi Najwa Sports Collection, wanita bertudung sama ada pelajar mahupun ibu-ibu yang aktif dalam aktiviti sukan boleh menggayakannya dengan mudah dan yakin.

Lebih menarik shawl tersebut yang didatangkan dengan pelbagai warna menarik sangat mudah dilaraskan dan senang dipakai sama ada untuk aktiviti sukan dalam atau luar bangunan.

Foto: Tudung People

Hadirnya Najwa Sports Collection, juga sebagai tanda penerimaan baik trend gaya hidup sihat yang telah berkembang di seluruh dunia.

Tentu sekali, TudungPeople berbangga menjadi salah satu pelopor dalam menyediakan pakaian aktif yang selesa, khususnya tudung, untuk memenuhi pasaran yang berkembang pantas ini.

Dalam kes ini, wanita dapat bergerak dan kekal aktif dengan koleksi jenama sukan hijab terbaru jenama itu sekaligus menjalankan aktiviti sukan tanpa kekangan.

Foto: Tudung People

Direka cipta untuk kesesuaian aktiviti bersukan, Najwa adalah produk teras TudungPeople dalam menyediakan penyelesaian reka bentuk yang mematuhi syariah yang tidak berkompromi dengan aurat atau gaya.

Ini kerana TudungPeople percaya bahawa semua wanita wajar mempunyai sesuatu yang khusus untuk mereka, fizikal mereka, keselesaan mereka dan gaya hidup mereka.

Ia direka khusus menggunakan fabrik sejuk yang inovatif, menyerap peluh dan mengering dengan cepat, koleksi sukan ini dihadirkan dalam pelbagai reka bentuk, termasuk shawl sukan dan tudung sukan instant.

Foto: Tudung People

Koleksi sukan TudungPeople, sangat ringan dan melancarkan pengaliran udara untuk memaksimumkan keselesaan bersukan saat hujan atau terik.

Salah satu koleksi Najwa Sports yang disukai ramai adalah tudung sukan instant.

Tudung segera ini, sangat sesuai dipakai untuk aktiviti lasak malah bagi memudahkan pergerakan anda hanya perlu memasukkan tudung ke dalam pakaian anda untuk pergerakan yang lebih selesa.

Foto: Tudung People

Ciri unik rekaan ini apabila ia menampilkan potongan lebih pendek di bahagian belakang bagi memudahkan pengaliran udara berlaku, sementara bahagian hadapannya pula panjang menutupi dada.

Fabrik yang digunakan untuk koleksi ini adalah jenis anti-bakteria, antimikrob dan anti-bau, fabrik hypoallergenic yang semestinya memberikan keselesaan optimum.

Satu lagi ciri keistimewaan yang unggul, potongan reflektif dan memeri membolehkan anda menyelit telefon atau memakai kaca hitam dengan selesa tanpa sakit atau terganggu selain sedikit awning di bahagian hadapan membenarkan pengaliran udara berlaku sekitar bahagian dahi.

Foto: Tudung People

Untuk koleksi ini, TudungPeople secara rasmi bekerjasama dengan pusat gimnasium terbesar Celebrity Fitness Malaysia & Fitness First Malaysia.

Pelbagai koleksi barangan sukan Najwa boleh didapati dalam talian di www.tudungpeople.com dan butik TP Signature, Bangi Sentral.

Foto: Tudung People

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 4 Jan 2019

Tanda-Tanda Penggunaan Skrub Muka Berlebihan Yang Perlu Anda Ketahui

Menggunakan skrub merupakan rutin penjagaan muka yang berkesan untuk memastikan liang roma bersih daripada sel-sel kulit mati dan membantu kulit anda diganti dengan sel sihat. Bergantung kepada jenis kulit, anda mungkin boleh menggunakan skrub muka […]

Oh Lawa Mon, 9 Apr 2018

Jennifer Lopez Bakal Keluarkan Koleksi Makeup Yang Mengandungi 70 Jenis Alat Solek

Tidak kira di dalam television, atau di majlis-majlis keramaian, Jennifer Lopez pastinya sentiasa kelihatan cantik dan ayu.

Oh Lawa Thu, 4 Apr 2019

Swiss Image tembusi pasaran Malaysia, kini boleh didapati di Watsons!

Swiss Image produk yang diformulasi daripada sumber mineral Alpine Swiss iaitu Alpine Glacier Melt.

Featured Sat, 21 Mar 2020

Cantiknya Fasha Sandha walau tanpa solekan, ini rahsianya

Kongsi 4 langkah kecantikan semula jadi

Oh Lawa Fri, 9 Feb 2018

Nak Rambut Panjang Atau Rambut Pendek? Ini Info Yang Anda Perlu Tahu Sebelum Menyesal!

Dilema ini pasti sering dihadapi oleh mana-mana wanita. Tidak tahu fesyen rambut yang bagaimana sesuai dengan penampilan. Mahu dipotong pendek atau dibiarkan panjang menggurai?

Oh Lawa Tue, 7 May 2019
Featured Tue, 27 Aug 2019
Featured Wed, 27 Jun 2018

Lepas Tengok Gambar Scary Ini, Anda Takkan Lagi “Terlupa” Untuk Tanggalkan Maskara Sebelum Tidur

Seorang wanita tak tanggalkan maskaranya dengan betul. Inilah akibatnya.

error: Content is protected !!