Euforia Bola 2026
Hiburan By: Salma Syahbuddin January 24, 2018 @ 3:33am

“AKU ADA MENGONG**** DENGAN BAPAK KAU KE?” – RITA RUDAINI BERANG

Kenyataan yang dikeluarkan berbaur lucah itu jelas menunjukkan bahawa Rita Rudaini berang dengan salah  seorang netizen yang meninggalkan beberapa komen dilaman instagram beliau lantas mengeluarkan perkataan lucah itu ketika membalasnya akibat terlalu geram.

Pengguna laman sosial yang menggunakan nama @mr_shark_gtr_lover telah mempertikaikan cara pengacaraan Rita menerusi program Wow Shop dengan mengatakan pelakon tersebut tergedik-gedik walaupun sudah tua. Malah, turut mengeluarkan statement dengan mengatakan Rita sudah tidak ada job sehingga terpaksa menerima program sebegitu.

Jika dilihat menerusi status Rita Rudaini menerusi laman instagramnya, beliau memberitahu bahawa dia terpanggil untuk membalas mesej yang dianggap sebagai ‘kurang ajar” itu kerana apa yang ditulis pengguna laman sosial tersebut dianggap sebagai sangat keterlaluan sehingga menghina punca rezekinya.

Namun, apa yang menarik perhatian adalah apabila Rita sendiri membalas komen tersebut dengan menggunakan perkataan ini bagi menunjukkan pelakon mami jarum itu betul-betul berasa geram dengan netizen tersebut .

Dalam pada itu, rata-rata peminat dan followers Rita sendiri meninggalkan komen berbaur nasihat dan berharap agar pelakon kesayangan mereka sentiasa sabar dalam menangani segala dugaan terutamanya netizen yang memiliki fake account untuk mengecam artis tertentu.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 21 Jul 2019

Kantoi Dadah…Pelawak Terkenal Indonesia Ditangkap Polis!

Pelawak terkenal Indonesia, Nunung ditahan pihak Polis Indonesia selepas didapati terbabit dengan pengambilan dadah jenis syabu. Nunung yang mengacarakan program terkenal di Indonesia, Ini Talkshow ditahan bersama suami, July Jan Sambiran di kediaman mereka. Penahanan […]

Hiburan Thu, 23 Oct 2025
Hiburan Tue, 11 Sep 2018

Setahun Bergelar Isteri, Laudya Cynthia Bella Sangat Bahagia

Pelakon berusia 30 tahun ini mengaku harus mengutamakan suami sebelum melakukan sebarang keputusan.

Featured Mon, 12 Jun 2023
Hiburan Fri, 11 Oct 2019

Kamal Cilok Terbabit Kemalangan, Kini Bergantung Pada Life Support Machine

Semoga yang terbaik buat Kamal dan Keluarga. Aaminn!

Featured Thu, 23 Jan 2025
error: Content is protected !!