Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin January 23, 2024 @ 6:35pm

“Aku Tak Pernah Jumpa Kau, Tapi Aku Nak Peluk Kau Brother!”- Faham Perasaan Fizi Ali, Sharnaaz Ahmad Mohon Jangan Pisahkan Ayah & Anak

Pelakon popular, Sharnaaz Ahmad meluahkan rasa simpati terhadap kejadian yang berlaku kepada penyampai radio Hot FM, Fizi Ali membabitkan anak tunggalnya, Ameena Sofia.

Menurutnya, walaupun dia tidak pernah berjumpa dengan Fizi, namun hanya individu yang melalui situasi sama sahaja tahu, betapa peritnya perasaan seorang ayah yang tidak dapat berjumpa dengan anaknya.

“Hanya yang lalui akan faham… Aku tak pernah jumpa Fizi, but still i will hug you brother,”katanya.

Tambahnya, dia tidak menyebelahi mana-mana pihak sekaligus tidak mahu masuk campur terhadap kontroversi yang berlaku antara penyampai radio itu dan bekas isterinya, Shakilla Khoriri.

“Aku tak nak tahu betul atau salah, tapi jangan sesekali pisahkan anak dan bapa walau apa pun alasannya,”jelasnya.

Perkara itu dikongsi Sharnaaz menerusi hantaran yang dimuat naik di Instastory miliknya pada Isnin.

Terdahulu, Sharnaaz dan bekas isterinya, Noor Nabila Mohd Noor antara yang sering menjadi ‘role model’ netizen dalam membesarkan anak tunggal mereka, Jebat Jayden walaupun pasangan ini sudah 4 tahun berpisah.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 4 Jan 2023

Berang Dengan Komen Nakal Di Instagram, Ciapan Imran Bard Terlibat Kemalangan Raih Perhatian

Pempengaruh yang terkenal dengan gelagat lucu, Imran Bard menjadi tumpuan netizen kerana berang dengan komen nakal setelah dirinya terlibat dalam kemalangan jalan raya. My 2023 opening 🫶 pic.twitter.com/p2SOHlmbM3 — Imran Bard (@imemerang) January 2, 2023 […]

Hiburan Mon, 8 Apr 2019

BTS Muncul Dengan Kolaborasi Bersama Halsey Dalam ‘Boy With Luv’

Kumpulan idola K-pop terkenal, BTS sekali lagi muncul dengan kolaborasi bersama Halsey berjudul ‘Boy With Luv’, trek tersebut merupakan trek utama dalam album Map Of The Soul: Persona yang bakal dikeluarkan BTS. 

Hiburan Sat, 11 Jan 2020
Featured Fri, 2 May 2025

Tahniah! Sufian Suhaimi & Rania Al Sadat Selamat Diijabkabulkan

Penyanyi Sufian Suhaimi akhirnya memilih tarikh 2 Mei 2025 sebagai tarikh bahagia untuknya dan isteri, Rania Al Sadat.

Hiburan Wed, 12 Oct 2022
Hiburan Thu, 23 Jun 2022
error: Content is protected !!