Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin October 26, 2021 @ 2:00pm

Alami Batuk & Kuman Dalam Darah Makin Mengganas, Maria Tunku Sabri Mohon Doa Orang Ramai

Bekas penyampai berita TV3 dan juga pengacara terkenal Jalan Jalan Cari Makan (JJCM), Tengku Maria Tengku Sabri baru-baru ini terpaksa dikejarkan ke Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Bersepadu (PKRC) di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (Maeps), Serdang akibat mengalami bacaan darah tinggi rendah, degupan jantung laju dan demam gara-gara dijangkiti Covid-19.

Menerusi hantaran terkini beliau dilaman instagram miliknya, Maria dilihat memohon maaf dan memohon agar orang ramai mendoakan kesihatan beliau.

“Saya nak pulihkan sakit yang kita tak nampak sebab dalaman luaran badan nampak susut . Apa nak buat, sakit kan. Bacaan oksigen dan darah tinggi normal, cumanya kuman dalam darah semakin mengganas. 

“Saya perlukan rehat yang banyak. Sudah lima, enam hari tak buat hantaran di Instagram. Tak larat sangat dan masa cakap pun batuk. Memang tak boleh nak cakap banyak sangat. Minta semua doakan saya agar saya kembali pulih dan balik rumah,” katanya.

Selain itu, beliau juga memohon agar kenalan rapat dan ahli keluarga serta followers beliau yang menonton video tersebut menghalalkan segalanya.

“Saya mohon maaf jika ada salah silap dengan sesiapa sahaja. Kepada anda semua yang menonton, ahli keluarga, kawan-kawan, kalau saya ada termakan dan terminum harap halalkan. 

“Saya maafkan semua orang dan halalkan makan minum suami, anak-anak dan kawan-kawan. Sampai kita berjumpa lagi,” jelasnya dalam nada sebak.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Maria Tunku Sabri (@mariajjcm)

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 22 Dec 2019

Muna Shahirah Kongsi Pengalaman Ditinggal Kekasih Dalam Suratan Luka

Besar harapan saya agar Suratan Luka dapat dimainkan di corong radio seterusnya diterima baik oleh pendengar.

Trending Sun, 31 Oct 2021

Mummy Jerung Ni Boss! Sofiaa Marieylla Dah Bergelar Penyanyi, Muncul Dengan Single ‘Akulah Jerung Merah’

Popular dengan nama ‘Mummy Jerung’, sensasi TikTok, Sofiaa Marieylla kini mengorak langkah dalam industri hiburan. Terjun ke bidang nyanyian, pemilik nama Wan Siti Mariam Wan Mahyudin, 24, ini muncul dengan single pertama berjudul Akulah Jerung […]

Featured Tue, 16 May 2023
Events Tue, 15 Jan 2019

Hangatkan Prelude AJL33 Di KL Live!

AJL33 lebih hangat dari biasa!

Hiburan Thu, 29 Aug 2024
Featured Thu, 10 Apr 2025
Featured Wed, 10 May 2023
Hiburan Fri, 5 Oct 2018
error: Content is protected !!