Euforia Bola 2026
Featured By: Khairil Khusyairi November 20, 2022 @ 4:44pm

“Allah Makbulkan Doa Saya” – Azwan Ali Menangis Azmin Ali Kalah

Pengacara sensasi, Azwan Ali meluahkan rasa syukur dan lega apabila abangnya, Datuk Seri Azmin Ali tewas pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) di Parlimen Gombak.

Memetik laporan Getaran, Azwan atau lebih dikenali sebagai Diva AA itu berpendapaat tindakannya yang menarik diri daripada bertanding sebagai calon bebas di kerusi parlimen itu tidak sia-sia.

“Awalnya memang saya bengang dengan kecaman-kecaman nerakazen (gelaran untuk netizen) bila ada yang cakap kononnya dalam mimpi itu bukan Mak Tom tetapi syaitan.

“Memang saya marah dengan nerakazen ini. Sebab saya mimpi arwah ibu saya bukan arwah ibu mereka. Jadi, tolong diam!

“Saya juga faham kenapa dalam bisikan itu Mak Tom meminta saya menarik diri. Terima kasih kepada Mak Tom sebab walaupun dia berada di alam sana. Tapi, saya tahu dia mendengar segala masalah saya,” katanya.

Azwan juga meluahkan rasa sedih apabila mendapat tahu kekalahan abangnya itu semalam malah memberitahu bahawa doanya telah dimakbulkan Allah.

“Maafkan saya sebab saya menangis. Tapi, berita (kekalahan Azmin) ini amat menyentuh perasaan sebab saya sudah lama kehilangan Azmin.

“Tapi selama ini puas saya bersabar seperti mana warkah saya untuk Azmin yang viral sebelum. Saya telah dedahkan segala-galanya.

“Demi Anwar Ibrahim, dia (Azmin) sanggup buat kami sekeluarga. Apa masalah dia ketika itu, kami pun tidak tahu. Tapi, memang kami sedih bila dia sanggup buat begitu (buang keluarga).

“Tapi, Allah SWT telah makbulkan doa Azwan Ali yang teraniaya. Allah SWT mendengar dan peristiwa yang berlaku ini mengajar Azmin untuk move on dengan sikapnya yang ego, sikap rasa bagus dan rasa hebat sangat,” ujarnya.

Jelas Azwan lagi, dia turut mengalirkan air mata kerana memikirkan keluarganya malah menyifatkan bisikan arwah ibunya tidak sia-sia.

“Sebaik sahaja saya menerima berita itu saya menangis yang teramat sangat. Bukan menangis sebab saya sedih dia kalah.

“Tapi saya menangis kerana ia air mata kesyukuran dan saya juga menangis kerana memikirkan apa yang terjadi kepada keluarga kami bertahun-tahun. Setelah puas bersabar, akhirnya Tuhan tunjukkan kebenaran. Tapi terlalu lambat.

“Berita tentang kekalahan Azmin juga saya muat naik dalam warkah kedua di IG dengan memaparkan gambar Mak Tom. Ia juga turut menjelaskan perasaan saya. Tapi, yang pastinya, air mata saya tentang bisikan Mak Tom memang tidak sia-sia,” jelasnya.

Azwan juga turut meluahkan rasa terima kasih kepada pengundi-pengundi di Parlimen Gombak malah menganggap kekalahan abangnya pada PRU15 adalah atas mulut jahatnya sendiri.

“Terima kasih sebab mereka buka mata tentang siapa Azmin Ali. Kes Azmin ini adalah kes yang elit. Ia mengajar kita supaya jangan mengkhianati sesama manusia.

“Dan kita lihat sendiri, rantaian pengkhianat semuanya kalah. Padan muka. Rupanya, mulut jahat Diva AA tidak sia-sia.

“Terima Kasih Allah SWT. Terima kasih banyak-banyak. Azmin Ali ini satu nama yang melibatkan sejarah-sejarah besar negara, perubahan politik negara dan juga terkaitnya dia dengan adik dia yang gila glamor.

“Sebelum ini, saya pernah tujukan lagu ‘Terbang Helang’ daripada Datuk Sharifah Aini buat dia. Tapi, bagi mengiringi mood saya pagi ini, saya akan tujukan pula lagu Anita Sarawak, ‘Akhirnya Kini Pasti’,” tutup Azwan.

Terdahulu, Azwan mengumumkan menarik diri saat akhir pada penamaan calon di kerusi Parlimen Gombak sebagai calon bebas.

Sumber: Getaran

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 26 Jan 2018

首要媒体旗下电视频道稳坐收视宝座 2018再推多元创新内容

2018年首要媒体集团继续绽放光彩!以“Create and Dominate”为主题,首要媒体集团日前于吉隆坡大华酒店举办节目巡礼,为旗下4家高收视率电视台TV3、ntv7、八度空间(8TV、TV9,以及家庭购物网络 CJ WOW SHOP 和网络电视 tonton推介各频道节目阵容,带来一系列惊喜!

Featured Wed, 21 Jul 2021

Beri Kebenaran Kilang Beroperasi Jika 80 Peratus Pekerja Lengkap Dos Kedua

Kerajaan sedang mengkaji untuk memberi kelonggaran kepada syarikat atau kilang yang 80 peratus pekerjanya sudah melengkapkan dua dos suntikan vaksin untuk beroperasi semula. Menurut Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob,  perkara itu masih […]

Featured Mon, 29 May 2023
Hiburan Wed, 21 Nov 2018

Siapa Sangka G-Dragon Semakin Gemuk!

Walaupun gemuk, G-Dragon tetap handsome kan? Siapa setuju? Saranghae Oppa…

Trending Wed, 6 Nov 2019
Featured Sat, 27 Sep 2025

“Moga Ibu Saya Diberi Peluang Untuk Terus Bersama Keluarga Yang Amat Menyayanginya” – Anak A Aida

Azeva Natassha memohon doa orang ramai agar ibunya itu kembali sedar dan sihat seperti sediakala.

Trending Thu, 7 Jun 2018

Alami Depresi, Adik Ratu Belanda Bunuh Diri!

Mayat Ines Zorreguieta, 33, ditemui kira-kira jam 0300 GMT semalam di apartmennya di daerah Almagro, barat ibu negara Argentina.

error: Content is protected !!