Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi June 16, 2026 @ 1:20pm

“Wanita Sekuat Mana Pun Akan Lembut Bila Dilayan Dengan Kasih Sayang” – Fazura

Pelakon dan usahawan, Nur Fazura berpendapat wanita yang kuat dan berdikari tetap mempunyai sisi lembut, lebih-lebih lagi apabila berdepan pasangan yang tenang serta bijak menegur dengan cara baik.

Menerusi video siaran langsung yang tular di Threads, Fazura atau nama lengkapnya, Nur Fazura Sharifuddin bersetuju dengan pandangan netizen yang mengatakan sosok suami memainkan peranan penting dalam membentuk peribadi seorang isteri dengan pendekatan yang penuh kasih sayang dan kelembutan.

“Perempuan umpama kain putih, suami yang main peranan mencorakkannya. Betul tu saya setuju. Tegas dengan teguran yang lembut.

“Contohnya macam, ‘awak, kalau ada orang provoke awak itu tak perlu layanlah okay’. ‘Okay, tak buat dah’. Tapi kalau tiba-tiba macam, ‘eh, awak ni kenapa ah? Nak buat benda macam tu’.

“Yang perempuan kuat ni akan terus rasa sakit hati kenapa nak kena tegur macam tu. Kalau tegur elok-elok terus akan sayang, terus akan dengar, akan jadi lembut,” katanya.

Menurut Fazura lagi, wanita walau sekuat mana sekalipun akan menghargai lelaki yang memiliki sifat tenang, penyayang dan sentiasa menjadi pendengar yang baik.

“Perempuan ni sekuat mana pun kalau dapat lelaki yang tenang, baik, penyayang, manja dengan kita, borak dengan dia dia mendengar.

“Macam saya cakap tadi lah, kalau dia balik pukul tiga pagi nak makan nasi briyani sanggup masak,” katanya.

 

View on Threads

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 6 Mar 2025

Penyanyi ‘Bea Sobar Bea’ & Empat Rakan Bebas Tuduhan Miliki D*dah, Namun Berdepan Penahanan Sebulan Lagi

Peguam tertuduh, Sufian Abdul Aziz, memaklumkan bahawa pendakwaan mempunyai tempoh sebulan untuk mengemukakan rayuan

Featured Mon, 28 Jun 2021

Bantuan Khas COVID-19 RM800 Buat B40 & RM250 Buat M40 Ogos Ini

Menerusi pakej perlindungan rakyat dan pemulihan ekonomi (PEMULIH) yang disampaikan oleh Perdana Menteri YAB Tan Sri Muhyiddin Yasin hari ini, kerajaan komited untuk terus membantu ekonomi rakyat. Menurut beliau, selain B40, golongan isi rumah dan […]

Hiburan Tue, 4 Jun 2019
Hiburan Mon, 7 Jul 2025
Hiburan Thu, 1 Aug 2019

Dapatkan Klu #ICSYVMY Bermula 4 Ogos Ini!

Dengar jangan tak dengar!

Trending Fri, 7 Feb 2020

“Comel sangat roti pelangi ni, sayangnya nak makan…”

Agak-agak rasa macam Paddle Pop tak?

error: Content is protected !!