Euforia Bola 2026
Hiburan By: Salma Syahbuddin June 8, 2018 @ 5:08am

Alunan Ayat Al-Quran Raja Atiq, Buat Semua Peminat Kagum

Pastinya drama kegilaan ramai Nur semakin mendapat sambutan dari hari ke hari. Bukan sahaja kerana plot penceritaan nya yang menarik malah, mesej yang ingin disampaikan juga dikira begitu berjaya mencuri perhatian segenap lapisan masyarakat.

Dibintangi oleh pelakon-pelakon hebat seperti Syafiq Kyle, Amira Rosli, Dato Jalaludin Hassan, Azhan Rani dan ramai lagi, Nur turut menampilkan beberapa muka baru dalam industri seperti Raja Atiq.

Raja Atiq yang memegang watak sebagai Amirul iaitu adik kepada Ustaz Adam (Syafiq Kyle) baru-baru ini  mendapat perhatian masyarakat dengan bacaan dan alunan ayat suci al-quran bukan sahaja melalui beberapa scene dalam drama tersebut, tetapi beliau telah dijemput baru-baru ini oleh stesen radio Hot.FM sambil mengalunkan bacaan surah Ar-Rahman yang begitu merdu sekali.

Atiq atau nama sebenarnya, Raja Muhammad Atiqullah Shah, 18 merupakan seorang pelajar Sekolah Maahad Tahfiz Wal Tarbiyyah Darul Iman (MTT) Kuala Terengganu. Dan pernah memenangi Johan pertandingan hafazan serta pernah menjadi imam di sebuah masjid.

Wah! nampaknya Atiq ni betul-betul berbakat kan?

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 30 Apr 2023
Hiburan Tue, 9 Jan 2018

MEREKA SEMEMANGNYA BERBAKAT, JANGAN PANDANG RENDAH – MONOLOQUE

Selain mengarah muzik dalam filem Busker, beliau juga turut berlakon dan itu merupakan salah satu pengalaman yang baru bagi dirinya

Cahaya Mata Sun, 5 Jun 2022

“Sampai Turun Berat Badan Saya” – Dr Amalina Bakri Kini Berbadan Dua

Tahniah buat Doktor Nur Amalina dan suami atas kehamilan anak pertama mereka.

Hiburan Tue, 31 Aug 2021

Dapat Bayi Merdeka, Issey Fazlisham Sambut Kelahiran Anak Sulung

Pelawak dan pelakon, Issey Fazlisham atau nama sebenarnya, Fazlisham Mat Hussin, 34, menyambut kelahiran anak sulung di Hari Kemerdekaan yang ke-64. Isteri Issey, Noor Aimi Jamel selamat melahirkan anak lelaki mereka pada jam 1.48 petang […]

Hiburan Thu, 4 Oct 2018

Lepas DJ Radio, Shuk Teringin Nak Jadi Penyanyi

Jika ada peluang saya teringin rakam lagu mengandungi elemen nasihat, teguran atau kisah masyarakat. Macam lagu-lagu yang pernah dihasilkan kumpulan Senario. Best juga kan?

Featured Sun, 16 Feb 2025
error: Content is protected !!