Euforia Bola 2026
Featured By: tex_admin July 13, 2018 @ 7:00pm

Alyssa Carson, Wanita Dan Manusia Pertama Akan Jejaki Planet Marikh Pada Tahun 2033. Hebat!

Alyssa Carson, gadis berusia 17 tahun mencipta rekod sebagai manusia pertama yang akan menjejakkan kaki ke planet Marikh pada tahun 2033. Gadis yang berasal dari Louisiana ini dijangka melaksanakan misi ini pada umurnya 32 tahun.

Walaupun hanya menunggu lagi setahun untuk Alyssa dilantik sebagai angkasawan secara rasmi tapi dia telah dilatih untuk misi besar dan mencabar. 

Foto: Bored Panda

Alyssa mula minat dalam dunia angkasawan sejak berusia 3 tahun lagi. Dia juga antara individu pertama yang menghabiskan 3 kali kem angkasa NASA di Huntsville, Alabama, Quebec di Kanada dan Izmir di Turki. 

Untuk memulakan misi ini, Alyssa perlu melalui latihan seperti mendapatkan lesen terbang, latihan survival dalam air dan sijil menyelam skuba. Bukan itu sahaja, untuk menjejak kaki ke planet yang bersuhu -60 darjah Celcius bukan mudah, Alyssa tetap berminat dan akan mencari sampel air di planet tersebut sebagai bahan uji kaji bagi mencari tanda-tanda kehidupan dan sejarah Marikh. 

Foto: Bored Panda

Gadis ini juga mampu bertutur dalam empat bahasa iaitu Bahasa Cina, Sepanyol, Perancis dan Inggeris. Misi yang memakan masa 18 tahun ini telah meletakkan satu syarat iaitu Alyssa tidak boleh berkahwin sehinggalah misi ini selesai.

Melalui teknologi terkini, perjalanan ke planet Marikh akan mengambil masa 6 bulan dan ditambah setahun lebih bagi menunggu penjajaran planet sebelum mendarat. Perjalanan pulang ke bumi pula selama 9 bulan, menjadikan Alyssa akan tinggal di angkasa selama dua hingga tiga tahun.

Semoga berjaya Alyssa!

Sumber: The Sun

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Wed, 3 Aug 2022

Kembali Selepas 6 Tahun Sepi, Penganjur Harap Syarat Pencalonan Tak Jadi Sebab AIM 23 Kurang Dapat Sambutan Penggiat Industri

Wowwww! Akhirnya anugerah berprestij ini kembali. Tunggu bulan 9 ya semua!! 🤩🤩

Featured Wed, 4 Jan 2023
Eat Travel Tue, 6 Nov 2018

7 Bandar Ideal Untuk Pengembara Solo

Jika anda tak pasti ke mana nak pergi, tengoklah senarai ini.

Featured Thu, 13 Jul 2023
Featured Fri, 8 Aug 2025
Featured Wed, 25 Mar 2020
Eat Travel Thu, 25 Oct 2018

Jom Picnic Bersama Keluar Di Taman Metropolitan Kepong, Boleh Main Layang-Layang!

Permainan layang-layang, mengajar anda tentang angin dan stabiliti.

error: Content is protected !!