Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin December 2, 2024 @ 5:43pm

“Ambil Seberapa Banyak Yang Awak Nak”- ‘Letak’ Kepercayaan Pada Khairul Aming, Pemilik Mydin Tawar Bantuan Buat Mangsa Banjir

Pemilik syarikat pemborong dan peruncit halal terbesar tempatan, Mydin Mohamed Holdings Bhd (Mydin) mencuri perhatian apabila memberi kemudahan kepada pempengaruh dan usahawan popular, Khairul Aming untuk mendapatkan stok di premis miliknya.

Sumbangan itu bertujuan untuk membantu mangsa-mangsa banjir.

Menerusi video yang tular di platform TikTok,  Pengarah Urusan Mydin, Datuk Ameer Ali Mydin berkata, Aming boleh mengambil seberapa banyak stok barangan yang diperlukan tanpa menjelaskan apa-apa bayaran.

Katanya, dia memberi kepercayaan penuh kepada anak muda asal Kelantan itu dalam usaha membantu penduduk yang terjejas akibat banjir.

“Ambil seberapa banyak awak nak dan tak perlu hantar budak atau kad kredit atau apa-apa… cuma beritahu had kredit yang nak RM20,000, RM50,000 atau RM100,000 ke.

“Lepas habis banjir tu awak bayar, tiada masalah. Kita percaya Khairul Aming,” katanya.

Datuk Ameer juga turut memaklumkan,  Mydin akan memberikan 5,000 lagi barang sebagai tambahan kepada dalam usaha membantu mangsa banjir sekaligus menyokong penuh usaha murni Aming.

Sebelum ini, Aming atau nama sebenarnya Khairul Amin Kamarulzaman memulakan misi membantu mangsa banjir di Kelantan sejak Sabtu lalu.

Aming bersama kakitangannya menyediakan makanan dan barangan keperluan kepada mangsa banjir sebelum mengagihkannya kepada mereka.

Terdahulu, Khairul menegaskan bahawa dia tidak mempunyai permit untuk mengutip sumbangan melalui pemberian nombor akaun dengan tujuan untuk menderma dek kerana takut dengan amanah yang diberikan masyarakat.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 23 Mar 2021

Setahun Bercerai, Farawahida Selamat Bernikah Dengan Pegawai Kerajaan Di Hari Lahir Ke-36

Selepas setahun bercerai dengan bekas suami, penyanyi Farawahida Razali selamat bernikah dengan lelaki pilihan hatinya, Zulkifli Alias pada 19 Mac lalu. Farawahida diijabkabulkan dengan Zulkifli yang juga pegawai kerajaan di Masjid Daerah Taiping. “Suami saya […]

Hiburan Sat, 30 Aug 2025

Scha Alyahya Nafi Jenama ‘Ayaaya’ Ditaja Pihak Tertentu

Scha Alyahya dedah Ayaaya dibina hasil usaha sendiri

Automobile Thu, 6 Dec 2018

Rent a SOCAR and Get Fried Chicken Too!

It’s a great combo for sure.

Hiburan Tue, 27 Jan 2026
Featured Wed, 2 Jul 2025
Eat Travel Mon, 24 Feb 2020
Hiburan Wed, 26 Sep 2018

Siapa Gerangan Lelaki Berani Cium Chacha Maembong?

Hensem juga teman lelaki Chacha Maembong ni kan?

error: Content is protected !!