Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin June 19, 2026 @ 12:02pm

Amir Ahnaf Respons Kenyataan ‘Money Doesn’t Buy Class’ Johan Ghazali – “Aku Kampung & Rempit, Belajar Dengan Cara Yang Susah…”

Pelakon popular, Amir Ahnaf tampil memberikan respons susulan kenyataan yang ditinggalkan jaguh Muay Thai negara, Johan Ghazali.

Menerusi perkongsian di Threads, Johan atau lebih mesra disapa Jojo berkata, seseorang itu tidak boleh mengubah sikap dan mentaliti seseorang meskipun taraf hidupnya berbeza.

“Boleh keluarkan rempit dari kampung, tapi tak boleh keluarkan kampung dari rempit. Duit tak mampu beli kelas,” katanya.

Bagaimanapun, sedar dengan kenyataan tersebut, Amir atau nama lengkapnya, Muhammad Amir Ahnaf Mohd Khairudin, 26, mempunyai persepsi berbeza dengan apa yang diperkatakan Johan.

Tegasnya, seseorang itu kelihatan berkelas sekiranya mempunyai  sikap ingin belajar yang tinggi dan sentisasa mahu menyesuaikan diri dalam apa jua persekitaran.

“Aku dua-dua ada Jo. Kampung dan rempit.

“Aku belajar dengan cara yang susah bahawa apa yang membuatkan seseorang itu berkelas adalah kemampuan untuk belajar dan menyesuaikan diri.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet bersetuju dengan pendapat teraju utama drama popular Kahar: Kapla High Council itu.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 10 Jul 2024
Hiburan Mon, 15 May 2023
Cahaya Mata Fri, 5 Apr 2024
Trending Wed, 20 Dec 2023
Hiburan Sat, 22 Dec 2018

Mahu Pegang Watak Heroin Lagi, Amyra Rosli Pasang Strategi

Menafikan enggan membawa watak ibu, Amyra memberitahu dia tiada masalah berbuat demikian.

Cahaya Mata Wed, 21 Dec 2022

“Macam Nampak Baby Bump” – Netizen Dakwa Isteri Sedang Hamil, Ini Jawapan Zaki Azeman

Pelakon Zaki Azeman tular di media sosial apabila dia dan isteri, Raa Suzuran melakukan trend tarian di TikTok. @zakiazeman94 Hi @AdamLee @Sweet Qismina ♬ 原聲 – ABCandE Menerusi hantaran yang dikongsikan oleh Zaki, dia dan […]

error: Content is protected !!