Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin October 9, 2025 @ 8:13pm

Amir Masdi Tampil Dengan Sisi Baharu Dalam Single Take Me Home

Penyanyi berbakat besar, Amir Masdi memperkenalkan sisi berbeza dirinya menerusi single terbaharu berjudul Take Me Home, sekali gus menampilkan kelainan dalam perjalanan seninya sebagai penyanyi versatil di industri muzik tempatan.

Lagu yang dihasilkan bersama Edry Abdul Halim ini turut menjadi sebahagian daripada album kedua Amir berjudul AM:PM, yang mengetengahkan pelbagai eksperimen muzik segar dan moden.

Menurut Amir, idea untuk lagu ini muncul ketika dia berada di Manchester, England.

“Saya banyak mengambil inspirasi daripada lagu-lagu western rock, pop rock dan ballad rock cinta yang popular pada era 90-an dan awal 2000-an. Ketika menulis lagu ini, saya berada jauh dari tanah air, jadi secara semula jadi perasaan ingin pulang itu terzahir dalam penulisan lagu,” katanya.

Jelas Amir lagi, makna ‘home’ dalam lagu ini lebih mendalam daripada sekadar tempat tinggal.

“Asalnya saya tulis ‘home’ ini sebagai sebuah perasaan, seseorang dan juga hati manusia. Ia adalah tempat di mana kita merasa selamat. Jadi, hati orang yang kita sayang itu boleh menjadi rumah buat kita.

“Saya mulakan dengan bahagian korus terlebih dahulu. Selepas itu, baru idea keseluruhan lirik tercetus. Take Me Home lebih bersifat ‘straightforward’ dan mengalir terus kepada pendengar dari mula hingga akhir, berbeza dengan karya saya sebelum ini yang lebih terarah kepada kisah cinta secara spesifik,” jelasnya.

Amir turut menambah bahawa lagu ini bukan berdasarkan kisah peribadinya semata-mata, sebaliknya sesuatu yang boleh dikaitkan dengan pengalaman ramai orang.

“Saya tak mahu hanya menulis untuk diri sendiri, tapi saya mahu ia menjadi sesuatu yang pendengar boleh kaitkan dengan kehidupan mereka,” katanya lagi.

Dari segi hala tuju, Amir percaya Take Me Home mampu membuka lembaran baharu buatnya untuk terus melangkah ke pasaran antarabangsa.

“Saya berharap lagu ini memberikan pengalaman yang berbeza bukan sahaja dari aspek muzik, malah juga melalui muzik video yang bakal dipertontonkan.

“Saya mahu pendengar melihat sisi saya menyanyikan lagu Inggeris, dan kalau ada rezeki, saya mahu bawa lagu ini keluar negara bersama nama Malaysia,” ujar Amir dengan penuh semangat.

Tambahnya lagi, mesej utama lagu ini adalah tentang hubungan rapat antara penyanyi dan peminat.

“Saya mahu berkongsi perasaan, berhubung dengan pendengar, dan menunjukkan bahawa Amir Masdi masih terus berkarya dengan identiti tersendiri. Album AM:PM adalah bukti perjalanan muzik saya yang dihasilkan sepenuhnya bersama Edry Abdul Halim dengan bunyi dan hala tuju yang unik,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Amir baru-baru ini mewakili Malaysia di Expo 2025 Osaka, Jepun, menerusi program National Day Spirit to Expo 2025 Osaka yang berlangsung bulan lalu.

Program berprestij itu membawa semangat sambutan Hari Kebangsaan Malaysia ke peringkat antarabangsa melalui gabungan persembahan muzik, warna-warni budaya dan mesej perpaduan sebagai simbol identiti negara.

“Saya amat berbesar hati dan terharu kerana diberi kepercayaan untuk mewakili Malaysia di Expo 2025 Osaka. Bagi saya, ini bukan sekadar persembahan, tetapi peluang untuk membawa semangat Malaysia ke mata dunia.

“Saya mahu penonton di Osaka merasai keindahan budaya kita, semangat perpaduan rakyat Malaysia, dan muzik kita yang penuh jiwa. Semoga persembahan saya nanti menjadi kebanggaan rakyat Malaysia,” katanya.

Selain persembahan muzik, acara itu turut menampilkan pameran seni dan budaya, demonstrasi masakan serta segmen interaktif yang memperkenalkan keunikan Malaysia kepada pengunjung dari seluruh dunia.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 26 Aug 2019
Featured Thu, 11 Aug 2022

Sering Digandingkan Bersama, Amar Baharin Tak Kekok Berlakon Dengan Isyariana

Biarkan Ia Pergi gandingan Amar Baharin & Isyariana

Hiburan Wed, 25 Apr 2018

Fathia Latif Terima Padah Akibat Lantang Bersuara Di Media Sosial?

Fatiya dilihat sering meluahkan rasa tidak puas hatinya di laman sosial twitter dan instagram. Selepas menerima arahan untuk tampil memberi penjelasan oleh SKMM, Fatiya berang dan mempersoalkan perkara berkenaan.

Hiburan Thu, 21 Mar 2024
Hiburan Sat, 20 Jul 2019

‘Sifu’ Dah Sedia, Jom Ke Uji Bakat Mentor Milenia 2019 Bermula 3 Ogos Ini!

Untuk anda yang berusia dari 17-23 tahun, jom ke uji bakat pada 3-4 Ogos (Promenade Hotel, Kota Kinabalu, Sabah), 24-25 Ogos (Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam) dan 7-8 September (Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam)

Hiburan Sun, 7 Jan 2024

Anak Perempuan Didakwa Sebagai ‘Penyondol’, Ibu Cupcake Aisyah Tampil Pertahankan Diri

Allahu sampai ibu Aisyah pun terbabit sama.. Jangan cepat menghukum guys

Hiburan Fri, 26 Apr 2019

’Saya Maafkan Dia…’-Air Mata Sheila Rusly Tumpah Terkenang Insiden Lalu

Tapi buat masa ini, saya masih boleh ‘hadam’ perbuatan dia yang terlalu peribadi untuk dikongsi…

Hiburan Sun, 30 Sep 2018

Jangan Lepaskan Peluang Untuk Tengok Selebriti Kita Ni Beraksi!

Jangan lupa saksikan Celebrity Fitness Hustle Hunt pada setiap minggu hanya di tonton dan saluran feel it ntv7 anda!

error: Content is protected !!