Euforia Bola 2026
Eat Travel By: Ad Ops May 26, 2018 @ 12:00pm

Aneka 40 Menu Terbaik, Rusa Golek Antara Tarikan Menarik Di Me’nate Steak Hub

Bagi yang mencari kelainan untuk lokasi berbuka puasa, apa kata anda singgah di Restoran Me’nate Steak Hub. Sempena Ramadan tahun ini, restoran yang telah memenangi 2 anugerah berprestij pada tahun ini iaitu Restoran Stik Terbaik dan Makanan Barat Terbaik ini menjanjikan kelainan luar biasa buat anda sekeluarga mahupun rakan-rakan.

Menyajikan pakej bufet berbuka puasa bertemakan “Western & Local Delicacies Buffet”, pastinya bufet Ramadan kali ini memberikan keunikan tersendiri dengan menyajikan 3 set menu berbeza yang bersilih ganti setiap hari.

Dengan hampir 40 jenis hidangan setiap hari, hidangan bufet makanan barat dan tempatan ini pastinya akan memberi kepuasan kepada para pelanggan yang berbuka puasa di empat rangkaian Me’nate yang terletak di Ampang Jaya, Shah Alam, Setapak dan Bandar Baru Bangi.

Restoran Me’nate turut mengetengahkan konsep gerai untuk menampilkan kelainan dan pilihan mengikut kategori hidangan. Antara seksyen yang ada ialah pembuka selera, salad dan sup, minuman sejuk dan panas, gerai daging dan ayam panggang, mee serta pencuci mulut di mana setiap gerai dan seksyen mempunyai menunya yang tersendiri.

Dan sudah tentu, tarikan utama di Me’nate semestinya ialah seksyen panggangnya. Jika kebiasaan lokasi lain menjadikan kambing golek sebagai tarikan utama, tetapi restoran ini tampil membawa kelainan dengan menyajikan menu unik dan istimewa iaitu rusa golek segar yang bakal dihidangkan setiap hari.

Selain menghidangkan menu ala barat, restoran ini turut menghidangkan set nasi seperti nasi Arab, nasi tomato, nasi briyani serta nasi minyak untuk memenuhi permintaan para pelanggannya.

Jangan lepaskan peluang untuk menikmati bufet Ramadan di Restoran Me’nate Steak Hub di mana harganya sangat berpatutan dan berbaloi iaitu hanya RM79.90 untuk dewasa dan RM39.90 untuk kanak-kanak.

Untuk tempahan, anda boleh hubungi atau Whatsapp talian 019-3911047 (Setapak), 019-4771047 (Bangi), 019-2611047 (Shah Alam) dan 016-8795947 (Ampang Jaya).

Kredit video: Facebook Me’nate Steak Hub

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Eat Travel Sat, 9 May 2020
Eat Travel Fri, 24 Aug 2018
Eat Travel Mon, 14 Jan 2019
Eat Travel Thu, 16 Jan 2020
Eat Travel Wed, 27 Mar 2019
Eat Travel Fri, 17 Aug 2018
Eat Travel Fri, 29 May 2020
Eat Travel Wed, 30 May 2018

Masak Lemak Cili Padi Udang Bersama Pucuk Paku Oleh Sheila Rusly Bikin Orang Terliur

Pelakon, pengacara dan produser hebat Sheila Rusly berkongsi resipi Masak Lemak Cili Padi Udang Bersama Pucuk Paku untuk anda cuba di rumah.

Eat Travel Fri, 28 Sep 2018

Tahukah Anda Jarak Penerbangan Paling Singkat Di Dalam Dunia Adalah 50 Saat?

“Have-have” penduduk Pulau Westray dan Papa Westray ni, nak ke seberang pulau yang jaraknya cuma 3 kilometer pun naik kapal terbang!

Eat Travel Tue, 4 Dec 2018
error: Content is protected !!