Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin March 26, 2025 @ 3:39pm

Anggap Anak Lebih Sayangkan Pengasuh, Atikah Suhaimie Terasa Hati? – “Bila Mulan Dengan Pengasuh Tak Nangis Pun”

Pelakon Datin Atikah Suhaime meluahkan perasaan cemburu apabila melihat puteri sulung, Lyla Mulan Teh, lebih selesa dengan pengasuh berbanding dirinya.

Menerusi perkongsian di TikTok, aktres berusia 34 tahun itu meluahkan rasa sedih apabila tidak mampu menenangkan anaknya sendiri.

Namun, sekiranya anak sulungnya itu berada dalam jagaan pengasuh, Mulan kelihatan lebih tenang dan tidak banyak meragam.

“Saya tak pasti kalau ada ibu lain yang rasa sama seperti saya selepas bersalin.

“Saya rasa lama tak berkongsi perkembangan kerana terlalu banyak perkara yang bermain di fikiran saya ketika ini. Salah satunya mungkin kedengaran aneh tetapi ia sangat memberi kesan kepada saya.

“Saya rasa baby Mulan lebih rapat dengan pengasuh daripada saya. Bila dengan pengasuh, dia baik-baik saja, tetapi bila saya jaga, dia mula menangis dan menjerit,” tulisnya pada kapsyen video berkenaan.

Berkongsi lanjut, pelakon asal Singapura itu turut rasa sedikit tertekan apabila suaminya, Datuk Lokman Teh, bertindak memanggil dan meminta bantuan pengasuh berbanding dirinya jika anak meragam.

Situasi tersebut membuatkan dirinya seolah-olah terpinggir dan keseorangan dalam menguruskan Mulan.

“Apa yang lebih menyedihkan, setiap kali Mulan menjerit, suami saya akan terus meminta pembantu rumah datang membantu,” katanya.

Dalam pada itu, Atikah mengakui sebelum ini dia adalah individu yang sentiasa berfikiran positif dan ceria dalam menghadapi cabaran hidup.

Namun, selepas melahirkan puteri sulungnya, segalanya berubah secara drastik dan mula merasakan tekanan yang luar biasa seolah-olah dirinya tidak lagi seperti dahulu.

 

Sekadar info, Atikah mendirikan rumah tangga dengan Lokman Teh pada Januari tahun lalu dan secara terbuka berkongsi mengenai kehamilannya kepada umum pada September 2024.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 20 Dec 2023

Athira Yuhada Sedia Hadap Kritikan Netizen, Bahagia Kini Sah Jadi Isteri Hafidz Roshdi

Semoga Hafidz Roshdi dan Athira Yuhada bahagia selamanya

Hiburan Wed, 27 Mar 2019

Malaysia Tiada Dalam Senarai Siri Jelajah Konsert Backstreet Boys?

Macam-macam artis antarabangsa yang datang buat konsert kat Malaysia, tapi kenapa tidak BSB?

Featured Fri, 18 Apr 2025
Events Mon, 10 Apr 2023

Rindu Di Hari Lebaran, Lagu Raya Terbaru ‘Hadiah’ Datuk Jamal Abdillah Buat Peminat

Bestnyaaaa… selalu dengar lagu Saalm Aidilfitri je😍🥰

Hiburan Tue, 20 Nov 2018

Ingin Masuk Anugerah Juara Lagu, Tiada Lagi Seksi- Seksi

“Janji Tiada Lagi Tarian Seksi, Mahu Lagu Masuk AJL”

Trending Thu, 4 Jul 2019

Misteri Mayat Tangki Air Terungkai, Polis Sahkan Rangka Mayat Milik Pelajar UITM Raub

Objek seperti rangka dan tulang ditemui di tangki air pada Mac lalu

error: Content is protected !!