Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi June 18, 2023 @ 4:25pm

Anggun Dengan Look ‘Minimalist’ Di Konsert #UniEdition, Aina Abdul Peragakan Barang Perhiasan Cecah RM1.6 Juta!

Konsert A Night With Aina Abdul Uni (Universiti) Edition telahpun melabuhkan tirai bertempat di Dewan Tunku Canselor Universiti Malaya, pada Sabtu.

Nama pelantun lagu Sumpah ini tidak lari daripada penampilan yang serba gah dan ‘unique’, namun pada malam konsert tersebut Aina tampil dengan gaya ‘minimalist’ serta diserikan dengan barangan perhiasan berjenama.

Pada malam tersebut, Aina memperagakan perhiasan mewah hasil tajaan dari jenama terkemuka, Ceres Jewel berjumlah RM1.6 juta ketika menyarungkan busana keduanya berona biru laut.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada penata gaya saya, Abu Shaef Hamza, dan Ceres Jewel atas barang perhiasan ini. Saya jarang tampil dengan barang-barang seperti ini.. Cantik tak?

“Untuk hari ini saya memakai rantai, gelang, cincin, dan sepasang subang berjumlah RM1.6 juta. Saya gayakan barang perhiasan ini sebabnya nanti akan ada kerjasama saya dengan mereka, Insya-Allah.,” katanya.

Disoal mengenai pemilihan penampilan simple itu, Aina berkata pada awalnya dia bercadang untuk memakai lampu namun membatalkan niatnya.

“Saya sebenarnya nak datang dengan busana yang ada lampu, tetapi untuk show kita buka sebab tak nampak jalan. Ada gambarnya di Instagram.

“Untuk malam ini saya memilih look sebegini bersesuaian dengan 10 lagu yang saya bawakan,” jelasnya.

Aina mempersembahkan lebih 10 lagu hits miliknya iaitu Ghost, Kelip-Kelip, Sumpah, Semalam, Sepi, Terus Hidup, dan banyak lagi dengan kehadiran penonton lebih 2,500 orang.

Pada malam indah itu juga Aina membawakan medley hits Indonesia iaitu Hijrah Cinta, Sisa Rasa, Sang Dewi dan Tak Ingin Usai.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sat, 22 Nov 2025

Fauziah Sarman Kembali Bergelar Isteri, Shila Amzah Mohon Doa Buat Keluarga

Ibu kepada penyanyi Shila Amzah iaitu Fauziah Sarman akhirnya selamat melangsungkan perkahwinan bersama pasangannya yang dikenali sebagai Zainal.

Featured Thu, 14 Apr 2022

Lebih 11 Tahun Syauqi Danial Simpan Hasrat Nak Jadi Penyanyi

Bermulalah perjalanan penyanyi baru, Syauqi Danial yang sudah lama menyimpan hasrat menjadi penyanyi.

Trending Thu, 17 Aug 2023
Hiburan Fri, 24 Apr 2026

Nuha Bahrin Kembali Dengan ‘Malam-Malam’, Kolaborasi Istimewa Bersama Ezra Kong

Nuha Bahrin tampil dengan single terbaharu berjudul Malam-Malam, hasil kolaborasi bersama komposer terkenal Ezra Kong.

error: Content is protected !!