Euforia Bola 2026
Featured By: Fatin Nurain May 22, 2022 @ 5:34pm

Anuar Zain Syukur Digemari Peminat – “Bukan Senang Orang Nak Sayang Kita…”

Penyanyi Anuar Zain meluahkan rasa syukur apabila sentiasa dikelilingi peminat yang positif.

Menurut Anuar, dia menyifatkan perkara itu satu rahmat terbesar apabila masih disayangi peminat sehingga kini.

“Itu rahmat juga bila orang sayang kita. Bukan senang orang nak suka kita. Kadang-kadang, tengok muka kita pun orang boleh benci kan.

“Untuk orang suka itu, bukan mudah ya. Bukan senang orang sayang kita kerana pada masa sama, ada juga yang membenci kita padahal kita tak buat apa-apa pun,” katanya.

Selain itu, penyanyi lagu Lelaki Ini itu turut terharu apabila peminatnya tidak putus-putus mendoakan yang baik-baik buatnya.

“Saya rasa berkat sangat bila ramai orang yang selalu curahkan kasih sayang menerusi mesej, persembahan, masa berjumpa.

“Rata-rata, yang mendoakan baik-baik itu Masya-Allah, seronok sangat jumpa ramai orang positif,” katanya.

Perkongsian itu dibuat di sekitar sidang media Konsert Anuar Zain & Ziana Zain Live In Kuala Lumpur 2022 anjuran Trumpet International Sdn Bhd baru-baru ini.

Dalam pada itu, penyanyi itu turut tidak menafikan ada juga menerima mesej-mesej peribadi yang tidak masuk akal di Instagram.

Namun, penyanyi kesayangan ramai itu berpegang kepada prinsip sentiasa melayan peminat sama rata.

“Kebanyakan DM yang baik-baik. Biasanya yang berkomunikasi dengan saya menerusi DM, mereka rata-rata yang saya sudah kenal dan sentiasa positif.

“Ada juga yang begitu (mengarut) tetapi saya kalau boleh tak nak guris hati sesiapa. Mana yang boleh balas, saya balas. Ada juga dan pelbagai jenis hal lah.

“Sebenarnya tak kisahlah. Kami cuma di sini untuk misi menyenangkan, membahagiakan, menghiburkan hidup orang lain, mungkin ini tugas kami kan,” katanya.

Konsert yang pertama kali bakal menampilkan pasangan adik-beradik, Ziana Zain dan Anuar Zain itu akan diadakan di Plenary Hall, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), 6 Ogos ini.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 4 Feb 2020
Hiburan Thu, 21 Dec 2017

FATHIA LATIFF KINI FREEHAIR?

Apakah tindakan Fathia ini sedikit sebanyak dipengaruhi oleh rakan baiknya, Uqasha Senrose?

Events Wed, 2 Nov 2022

Eizlan Yusof, Ahmad Idham & Lando Zawawi Antara Calon PRU15 Wakili Gerakan Tanah Air (GTA)

Eizlan, Idham & Lando bakal bertanding di Sabak Bernam, Port Dickson & Tanjong Karang.

Events Tue, 26 Apr 2022

Tarikh Bayaran Pengeluaran Khas KWSP Bagi Permohonan Selepas 28 April Akan Dibuat Pada…

Umum sedia maklum, Pengeluaran Khas bagi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telahpun diterima oleh sebilangan ahlinya namun,  masih terdapat segelintir ahli yang masih tidak menerima bayaran disebabkan mereka memohon selepas tarikh 28 April 2022. Oleh […]

Trending Fri, 5 Mar 2021
Hiburan Fri, 31 May 2019

‘Baby Makin Sihat’- Isteri Sharnaaz Ahmad Terharu Kesungguhan Doa Peminat Jebat!

Sampai ke Mekah orang mendoakan dia…Terima kasih sangat. Semoga Allah rahmati kita semua dunia akhirat.

Hiburan Tue, 20 Mar 2018

丁文琪初见儿子嘟嘴哭了「好像林宥嘉」

丁文琪2017年和林宥嘉结婚后,隔年就宣布怀上男宝宝的喜讯,令人又惊又喜。她目前约怀孕5个多月,19日晒出超音波照,她坦言,第一次见到肚中儿子的嘟嘟嘴,一边笑说好像老公,一边又忍不住流下感动泪水。

error: Content is protected !!