Euforia Bola 2026
Hiburan By: Salma Syahbuddin April 10, 2018 @ 5:47am

Apa Motif Perlekehkan Solat? Instafamous Ini Dihentam Netizen

Baru-baru ini seorang instafamous telah dihentam oleh netizen kerana tampil dalam sebuah program bual bicara dengan gaya yang agak menjengkelkan. Malah, beliau sekali lagi dikecam teruk apabila gambarnya mula tular dimedia sosial dengan aksi seolah-olah memperlekehkan solat. 

Walaubagaimana pun, instafamous yang dikenali sebagai Mira ini kelihatan masih meneruskan ulasan produk di instagramnya, Namun, melalui video yang seakan-akan mempersendakan cara bersolat ketika bermain luncur ais disebuah pusat membeli-belah itu, Mira mengakui bahawa aksinya itu sama-sekali tidak disengajakan.

“Pada situasi tu mira cuma bergurau dengan rakan-rakan dan tak sangka video tu dirakam orang lain. Tak terdetik pun dalam hati nak hina islam. Kalau video yang tular tue membuatkan kalian rasa mira ni menghina islam, Mira minta maaf! Maaf sangat! Tapi jujur cakap, Mira takde langsung niat nak mempersendakan agama sendiri..” Jelasnya

Justeru itu, Mira sekali lagi memuat naik entri melalui akaun instagramnya dengan caption menjelaskan situasi terbabit dan meminta maaf kepada rakyat Malaysia diatas perbuatan beliau.

Justeru itu, amatlah diharapkan agar remaja zaman sekarang mahupun sesiapa sahaja yang mahu memuat naik mana-mana gambar haruslah berfikir terlebih dahulu akan kesan yang bakal mereka hadapi.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 29 Mar 2019

Kongsi Gambar ‘Baby Bump’, Juliana Evans Bakal Jadi Ibu

Alhamdulillah! Semoga urusan melahirkan anak sulung nanti dipermudahkan oleh Allah SWT, Amin…

Featured Mon, 6 Mar 2023
Hiburan Sat, 11 Jan 2020
Hiburan Thu, 18 Jul 2024

[VIDEO] Berkawan Sejak Berusia 19 Tahun, Zarina Anjoulie Anggap Bekas Suami Nora Danish Sebagai Abang – “Nedim Bukan Jenis Lepas Cerai Cari Perempuan Lain”

‘Selepas Nedim bercerai kami berhubung semula, tapi hubungan tak lebih dari abang adik’ – Zarina Anjoulie

Hiburan Fri, 21 Nov 2025
Featured Wed, 12 Apr 2023
Hiburan Mon, 4 Aug 2025

[VIDEO] “Saya Terinspirasi Dengan Ammar Ahyan” – Nazim Othman

Nazim Othman buka lagu Kebangsaan diminati Ammar Ahyan suntik semangat

error: Content is protected !!