Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi February 12, 2026 @ 10:20am

“Apa Tujuan Buat Sesuatu Itu? Hanya Kita Saja Tahu Niat Sebenar Selain Allah” – Nur Fazura

Pelakon dan usahawan, Nur Fazura mencuri tumpuan selepas berkongsi pandangan peribadinya tentang maksud niat.

Menurut Fazura atau nama lengkapnya, Nur Fazura Sharifuddin, 43, berkata tiada orang lain yang mengetahui niat sebenar seorang individu melakukan sesuatu perkara melainkan diri sendiri.

“Hanya kita saja tahu niat kita selalu selain Allah SWT yang Maha Melihat hati kita.

“Pokok pangkal, buat sesuatu itu tujuan apa sebenarnya?,” katanya.

Fazura berkata demikian menerusi ciapan yang dimuat naik di platform Threads pada Khamis.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan pandangan aktres filem Manisnya Cinta Di Cappadocia itu.

Sebelum ini, nama Fazura hangat menjadi sebutan ramai selepas pelawak, Lam Pet Pet membuat lawak berunsur lucah terhadapnuya ketika di sesi siaran langsung.

Namun begitu, Lan Pet Pet atau nama sebenarnya, Mazlan Ahmad, 56, telah pun membuat permohonan maaf menerusi sebuah video dan juga bersemuka dengan Fazura.

Tidak mahu berdendam, Fazura segera memaafkan Lan agar mereka dapat terus bekerja secara profesional bagi sebuah jenama pakaian terkenal.

Artikel Berkaitan: Fazura & Que Haidar Buat ‘Momen’ Manis, Tapi Mimik Elly Mazlein Cuit Hati Ramai – “Baru Nak Salam Perkenalan, Tiba-Tiba Dia Menyelit…”

Artikel Berkaitan: Lawak L*cah Lan Pet Pet, Pengawal Peribadi Fazura Tampil Respons

Artikel Berkaitan:  Lan Pet Pet Akhirnya Bersemuka & Mohon Maaf Sampai Hujung Kaki, Fazura Tenang Memaafkan – “Kosong-Kosong, Janji Ikhlas”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Contest Fri, 12 Aug 2022

Rebut Gelaran ‘Terpaling Juara’, Penyanyi Otai Dan Bintang Baharu Bakal Bersaing Di Satu Pentas

Siapa bakal menjadi Terpaling Juara? Korang rasa penyanyi otai atau bintang baharu?

Featured Mon, 6 Apr 2026

Penat Tahan Emosi, Nora Danish Sebak Kongsi Cabaran Bergelar Ibu Tunggal – “Kita Tak Kuat Pun Sebenarnya Tapi …”

Pelakon jelita, Nora Danish tidak dapat menahan sebak apabila berkongsi cabaran menjadi ibu tunggal terutamanya dalam menahan emosi demi anak-anak.

Featured Mon, 30 Jan 2023
Hiburan Mon, 26 Jan 2026
Hiburan Thu, 6 Jan 2022

Realisasi Konsert Nafas Cinta, Khai Bahar Ubati Kekecewaan Peminat

Konsert sulung penyanyi Khai Bahar yang dijadual berlangsung pada Mac tahun lalu dibatalkan selepas ia tertunda lebih setahun ekoran penularan wabak Covid-19 selain aktiviti persembahan dan konsert tidak dibenarkan sepanjang pelaksaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). […]

Featured Thu, 1 Dec 2022
Trending Mon, 1 Jul 2019

Penumpang Feri Dikhuatiri Lemas Sebab Terjatuh?

Penumpang yang berada di atas Feri Pulau Pinang dipercayai telah terjatuh.

error: Content is protected !!