Euforia Bola 2026
Selebriti By: Atiqah Johari September 21, 2023 @ 7:34pm

“Apa Yang Mereka Alami Sama Macam Kami” – Linda Hashim Tumpang Gembira Farid Kamil, Diana Danielle Rujuk Semula

Pelakon Linda Hashim menzahirkan rasa gembira apabila mengulas mengenai keputusan pasangan selebriti Farid Kamil dan Diana Danielle untuk merujuk semula baru-baru ini.

Memetik laporan Harian Metro, Linda berpendapat bahawa keputusan tersebut boleh dicapai apabila masing-masing merendahkan ego.

“Saya sebenarnya gembira apabila baca cerita Farid Kamil dan Diana Danielle kembali rujuk serta bersama. Saya ada beritahu Beego dan dia senyum tanda gembira dengan keputusan mereka.

“Bagi saya, mereka sama-sama buang ego sebenarnya. Kalau ada ego, mereka takkan dapat berbaik semula macam sekarang,” ujarnya.

Linda yang juga sebelum ini melalui keadaan yang sama di mana dia dan suami bercerai talak satu pada Mac lalu namun rujuk semula pada April ketika masih dalam edah.

“Apa yang berlaku kepada mereka sama juga dengan yang kami alami. Kami bercerai sekitar tiga minggu sebelum ambil keputusan rujuk semula.

“Biasanya kes pasangan bercerai babitkan dua benda iaitu orang ketiga dan ego yang tinggi dalam diri. Kalau ego tinggi memang susah nak balik semula.

“Benda itu kena buang dan masing-masing kena ada kesedaran dan ambil sebagai pengajaran. Sebab tak semua orang nak bercerai dalam rumah tangga,” jelasnya.

Walaubagaimanapun, Linda percaya bahawa apa yang berlaku adalah ketetapan Allah dan perlu akur dengan aturanNya.

“Mungkin masing-masing dah tak tahu nak bua tapa dan ego yang tinggi, akhirnya buat keputusan nak cerai. Tapi sebenarnya masalah biasa saja. Masalah sebenarnya ialah ego dalam diri masing-masing.

“Saya pernah berbual dengan orang mahkamah juga sebelum ini. Katanya, cerai ini sebab itu ada rujuknya. Kadang-kadang yang banyak minta cerai adalah isteri.

“Mereka minta cerai atas tujuan bukan nak putus. Tiada orang yang nak bercerai. Ada kebanyakan orang bercerai sebab nak ajar suaminya. Maksudnya bagi pengajaran,” kata Linda lagi.

Dalam pada itu, Linda juga menyatakan penceraian yang berlaku sebelum ini adalah pengajaran buat mereka.

“Saya ada beritahu mentua saya dan semuanya tapi mereka tak faham. Inilah pengajaran. Kita asyik bergaduh depan anak-anak dan ia sesuatu yang tak bagus.

“Penyelesaiannya, kita kena bagi pengajaran pada diri masing-masing. Kalau tak, kami takkan sedar. Itu yang kami pergi mahkamah. Mereka yang betul-betul nak bercerai itu kerana ada orang ketiga.

“Jadi saya nampak perceraian pasangan ini seakan sama macam kami. Itu sebab masa orang temubual kami, saya dan Beego banyak mendoakan pasangan yang dalam proses nak bercerai fikir baik-baik dan kalau bercerai pun, gunakan proses dalam edah itu untuk fikir sebaiknya,” kongsinya.

Untuk rekod, Linda dan Beego telah berkahwin pada 7 Jun 2013.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan tiga orang puteri iaitu Jelita Clarissa, 9, Anggun Cassandra, 8 dan Indah Camelia, 4.

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 11 Mar 2022
Featured Tue, 25 Mar 2025

Dakwa Rekaan Samping Hak Milik Suami Diciplak, Tyra Kamaruzzaman Dedah Bukti El Azman Cuba Mengelat?

El Azman didakwa melakukan plagiat terhadap rekaan samping suami Tyra Kamaruzzaman.

Featured Mon, 25 May 2026

Tabung Bantuan Cecah RM164,775… Aznil Nawawi Umum Tutup Kutipan Derma Untuk Anak Amyza Aznan

Aznil berkata, akaun bantuan tersebut akan ditutup tepat jam 12 tengah hari sebelum semua wang dipindahkan ke akaun milik Amyza.

Featured Mon, 20 Apr 2026

Black Hanifah Akur Hijab Rindu Belum Ada Rezeki Ke Final AJL40

Black Hanifah akur apabila singlenya berjudul Hijab Rindu gagal melayakkan diri ke pentas Anugerah Juara Lagu ke-40 (AJL40).

Hiburan Mon, 10 Feb 2025

Terbuka Kemenangan Juara CSOIAM Dipertikai, Marrygrace Nak Bina Rumah Lebih Selesa Di Sabah

Marrygrace berhasrat nak bina rumah lebih selesa untuk keluarga di Sabah

Trending Tue, 29 Dec 2020
Kes Mahkamah Mon, 18 Mar 2024

Rindukan Anak, Isteri Dakwa Safee Sali Bawa Keluar Dua Anak Sejak Februari

Fitria menyatakan dia hanya mengetahui keadaan anaknya menerusi sepucuk surat yang ditinggalkan dalam kereta bekas pemain bola tersebut pada 28 Februari lalu – Isteri Safee Sali

Tech News Wed, 24 Jul 2024

Siri HONOR 200, Telefon Pintar Bajet RM2,000 Pilihan Terbaik Di Pasaran!

Baru-baru ini HONOR telah menerima pujian orang ramai setelah melancarkan Siri HONOR 200. Telefon pintar ini, mendapat perhatian pengguna kerana fungsi dan spesifikasinya jauh lebih baik berbanding model sebelum ini iaitu HONOR 90. Bagi korang […]

error: Content is protected !!