Euforia Bola 2026
Gaya Hidup By: tex_admin October 18, 2019 @ 10:35am

Apakah yang dimaksudkan dengan gangguan narsistik?

Oleh Ainur Nadhirah Bahrom Shah 

Pada era berteknologi tinggi dan segala-galanya boleh dicapai menerusi ‘hujung jari,’ banyak penyakit mental muncul, namun tidak disedari masyarakat kerana ia sukar dikesan apatah lagi ada kalanya pesakit sendiri tidak mengeahui bahawa dirinya mengalami gangguan mental. 

Meskipun tiada bukti jelas mengenai penyakit mental sebegini mempunyai perkaitan rapat dengan perkembangan pesat dalam bidang teknologi, secara umumnya ia boleh diakui benar kerana capaian internet yang merupakan sebahagian daripada teknologi membolehkan manusia menerima, mencari dan melakukan apa sahaja aktiviti tanpa pengawasan.

Walaupun sebagai pengguna kita boleh menyaring dan memilih akan apa yang ingin dicari menerusi aplikasi teknologi, namun ada kalanya kita leka dan kelekaan itu kadang kala memakan dirinya sehingga menyebabkan berlaku gangguan mental.

Gangguan mental yang dimaksudkan di sini ialah adanya rasa tidak senang atau iri hati apabila melihat kelebihan atau pencapaian orang lain atau sebaliknya diri berasa lebih baik daripada orang lain. Keadaan ini boleh dinamakan sebagai narsistik.

Apakah itu narsistik? Ia membawa maksud kepada seseorang yang mempunyai gangguan mental. Dengan nama saintifiknya Narcissistic Personality Disorder(NPD) di mana seseorang itu beranggapan bahawa dirinya jauh lebih penting daripada orang lain dan mengagumi diri sendiri. 

Foto: indopositive.org

Gangguan ini dapat mempengaruhi pelbagai aspek kehidupan jika tidak ditangani dengan tepat. Kebarangkalian bagi gangguan ini lebih kepada lelaki berbanding wanita. Selain itu, individu yang mengalami gangguan narsistik juga memiliki rasa percaya diri yang berlebihan dan mereka juga tidak menghargai perasaan orang lain. 

Apakah tanda-tanda apabila seseorang itu menghadapi gangguan narsistik? Antaranya adalah: 

  • Kurang rasa simpati terhadap orang lain kerana beranggapan dirinya kurang berharga 
  • Menilai diri sendiri terlalu tinggi 
  • Berasa cemburu terhadap orang lain dan merasakan orang lain juga cemburu terhadap dirinya 
  • Ingin disukai dan disayangi secara berlebihan oleh orang sekeliling
  • Merasakan bahawa mereka mempunyai hak dan keistimewaan yang tinggi
  • Sentiasa menginginkan kuasa yang tidak terbatas, kecantikan dan ketampanan serta percintaan yang ideal

Foto: hystoryana.blogspot.com

Punca berlakunya gangguan narsistik ini boleh disebabkan oleh campuran dari pelbagai hal, cara menangani stres dan bagaimana seseorang dibesarkan. Kebiasaannya gangguan narsistik boleh dilihat sejak umur lapan tahun ketika anak-anak mula berinteraksi dengan kawan-kawan. 

Adakah gangguan narsistik mempunyai ubat yang dapat memulihkan gangguan ini?  Tiada ubat yang dapat merawati gangguan narsistik akan tetapi jika ada gejala depresi yang seiring dengan gangguan narsistik maka ubat penenang boleh diberikan. 

Selain itu, rawatan psikologi adalah sebuah rawatan yang amat membantu untuk mengatasi gangguan narsistik.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Gaya Hidup Thu, 8 Mar 2018

Tips Menabung Bagi Anda Yang Nak Pergi Travel Banyak Negara!

Setiap orang pasti mempunyai impian untuk travel  ke setiap negara yang mereka suka.

Gaya Hidup Sat, 20 Oct 2018

Lima Tumbuhan Yang Ditanam Dalam Bilik Akan Membuat Tidurmu Terasa Nyaman Dan Lena

Aroma lembut lavender dan mendamaikan boleh menghilangkan stres!

Featured Wed, 29 Jan 2020
Sihat Thu, 13 Dec 2018
Gaya Hidup Mon, 27 Aug 2018

Lindungi Diri & Keluarga Anda Dengan Rangkaian Follow Me Anti-Bakteria

Formulasi rangkaian anti-bakteria baharu Follow Me beri pengalaman mandian yang lebih baik.

Featured Fri, 19 Jul 2019
Gaya Hidup Sun, 8 Apr 2018

6 Khasiat Barli Yang Perlu Anda Tahu. Memang Bagus Untuk Kesihatan!

Barli atau nama botaninya Hordeum Vulgarie merupakan bijirin yang mempunyai sumber terbaik serat pemakanan, protein dan karbohidrat kompleks serta vitamin dan galian.

Featured Tue, 13 Mar 2018

Apa Anda Perlu Buat Bila Duduk Berhampiran Dengan Budak Banyak Ragam Di Dalam Kapal Terbang

Menurut kajian, 37 peratus penumpang lebih sanggup duduk di sebelah orang dewasa yang berbau badan daripada duduk sebelah bayi yang menangis.

Sihat Sun, 5 Aug 2018

Langkah-Langkah Awal Yang Perlu Anda Lakukan Apabila Telinga Dimasuki Serangga

Serangga yang ‘terkubur’ di dalam telinga anda boleh menyebabkan jangkitan kuman.

Featured Wed, 1 Apr 2020

4 panduan mudah elak bibir menggelupas, merekah

Ambil tindakan segera agar tidak merebak.

error: Content is protected !!