Euforia Bola 2026
Gaya Hidup By: Yanie Baharom October 20, 2018 @ 3:00pm

Lima Tumbuhan Yang Ditanam Dalam Bilik Akan Membuat Tidurmu Terasa Nyaman Dan Lena

Pengaliran udara nyaman dan sumber bekalan oksigen yang baik boleh diperolehi dengan cara menanam pokok di dalam bilik.

Tetapi bukan semua jenis pokok boleh diletakkan dalam bilik tidur. Kebanyakan tumbuhan memerlukan cahaya dan pengudaraan yang baik untuk tumbesaran dan kesuburannya.

Nak tahu apakah jenis tumbuhan paling baik diletakkan dalam ruang kamar sekaligus membantu kamu tidur dengan lebih lena? Lihat lampiran di bawah.

1. Bunga Jasmine

Jasmine adalah tumbuhan yang rimbun dan menjalar dengan putik bunga berwarna putih atau merah jambu. Jasmine sangat mujarab membantu mengurangkan tekanan dan stres kerana haruman yang menyegarkan.

Jasmine aktif ketika waktu malam dengan mengeluarkan haruman yang membuatkan kamu segar bila bangun tidur. Cuba letak sepasu bunga jasmine dalam bilik tidur kamu dan rasai sendiri ketenangan yang mengasyikkan itu.

Foto: wallpapers web com

2. Lavender

Lavender memang terkenal sebagai tumbuhan dengan aroma yang membantu meredakan stres! Harumannya mampu menurunkan kadar tekanan darah dan mengurangkan keresahan. Apatah lagi jika kamu membakar lilin beraroma lavender ketika tidur. Mungkin kamu akan terus tidur sampai ke petang esoknya?

Foto: HGTV.com

3. Snake Plant

Pokok ular ini kerap dijadikan sebagai tumbuhan hiasan di taman mini. Rupanya ia sangat membantu tumbuhan lain kerana pokok ular melepaskan karbon dioksida pada waktu malam dan menukarkannya kepada oksigen dengan banyak. Malah kamu juga mudah untuk menjaganya kerana pokok ular hanya perlu disiram dengan air sekali dalam dua minggu.

Foto: somethinghaute

4. Lidah Buaya

Lidah buaya atau aloe vera mudah untuk dijaga dan cepat membesar dan menghasilkan banyak bahagian daun. Malah jel aloe vera juga sesuai disapu pada kulit sebelum tidur untuk kulit yang lebih bersih, segar, lembap dan bebas jerawat.

Foto: novenyekazotthonodban

5. English Ivy

English Ivy adalah tumbuhan menjalar yang mudah diuruskan. Ia juga terkenal sebagai tumbuhan yang boleh membantu masalah asthma dan alahan. Malah ia juga membantu masalah pernafasan dengan membersihkan kandungan udara yang kotor dalam bilik tidur kamu.

Kamu boleh tanamnya di dalam pasu dan gantungkannya di tempat tinggi. Oleh kerana ia tumbuh secara menjalar, jangan lupa potong bahagian dahan yang berlebihan supaya tidak dicapai oleh kanak-kanak.

Foto: Mother Nature Network

Sumber: Cosmopolitan

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 17 Nov 2022

Tempuh Penerbangan Berbelas Jam, Nazeera Sardi Hiking Dengan Dress Untuk…

Pelakon Nazeera Sardi berkongsi momen percutiannya di Turkiye. @nazeerasardi10 Berbelas jam fly ✈️ untuk sampai ke sini, hiking dengan dress seawal 6 pagi untuk sampai atas ni dengan kesejukan 9-11c. Tapi, rasa berbaloi dapat tengok […]

Gaya Hidup Tue, 18 Dec 2018

Back To School : Jimat Dan Sihat, Jom Bawa Bekal Ke Sekolah!

5 resepi yang dikongsi bukan saja mudah disediakan malah cukup menyelerakan!

Featured Tue, 10 Jul 2018

Kalau Tak Nak Saiz Badan Bertukar XXL, Jangan Lakukan 4 Perkara Ini!

Jangan lakukan perkara ini kalau tak nak menyesal badan gemuk!

Gaya Hidup Wed, 5 Sep 2018
Gaya Hidup Sat, 12 Jan 2019

6 Easy Steps To Clean Your Pearl Accessories

Keep them clean so that they last longer.

Featured Mon, 11 May 2020
Featured Sat, 28 Apr 2018
Gaya Hidup Tue, 2 Oct 2018

Kedai Buku 24 Jam Di Cyberjaya, Port Terbaik Buat Si Ulat Buku Yang Insomnia

Lebih 500,000 buah buku pelbagai genre boleh didapati pada harga potongan di antara 50 hingga 80 peratus lebih rendah berbanding harga pasaran.

error: Content is protected !!