Euforia Bola 2026
TECH By: SGMS Putri April 8, 2018 @ 8:20am

Apple Bakal Lancarkan iPhone 8 dan 8 Plus Versi Merah

Apple Inc dijangkan akan melancarkan satu lagi pilihan warna iaitu warna merah bagi peranti iPhone 8 dan 8 Plus seawal-awalnya hari ini. Menurut MacRumors, pelancaran warna baru ini adalah sebahagian daripada kerjasama pihak Apple Ince dengan sebuah organisasi yang berfokuskan kebajikan global, (RED). Untuk pengetahuan semua, (RED) adalah sebuah badan yang banyak bekerjasama dengan syarikat terkemuka bagi memberi lesen hak pengeluaran produk yang menggunakan jenama mereka, Product (RED) demi meningkatkan kesedaran sektor swasta terhadap masalah HIV/AIDS di benua Afrika.

Pada awalnya, Apple diberitakan akan mengeluarkan pilihan warna ini bagi model iPhone 8 dan iPhone X, namun pada memo yang dikeluarkan oleh pihak Virgin Mobile hanya menyebut berkenaan model iPhone 8 dan 8 Plus sahaja. Sebelum ini, Apple sudah menggunakan reka bentuk Product (RED) pada produk keluaran mereka iaitu iPod dan iPad sebelum yang terbaru, menggunakannya pada iPhone 7 tahun lepas. Menurut memo dari pihak Virgin Mobile itu lagi, reka bentuk terbaru ini akan berada dalam stok tersedia Apple bermula pada hari ini, 9 April dan sudah boleh mula dipra-pesan.

Selain itu, terdapat juga laporan yang menyebut model iPhone X versi warna emas akan dilancarkan dalam masa terdekat namun, masih belum ada kenyataan rasmi dari pihak Apple berkenaan perkara tersebut. Berkenaan dengan jualan bagi model keluaran dengan reka bentuk (RED) ini, sebahagian besar dari hasil jualan akan disumbangkan ke dalam tabung kebajikan bagi digunakan untuk program anjuran mereka. Bagi pihak Apple pula, projek ini dijangkan mampu untuk menaikkan jualan unit bagi iPhone 8 dan iPhone 8 Plus.

Sumber

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

TECH Thu, 8 Nov 2018

iOS 12 Sedia Dimuat Turun, Ini 10 Ciri Tersembunyi Yang Anda Boleh Nikmati

Berikut adalah 10 ciri tersembunyi yang anda boleh nikmati pada sistem operasi IOS 12.

TECH Wed, 17 Oct 2018

Nightstream is a New Game You Must Check Out

The game features multiple playable characters, each with their own personalities, motivations, and musical themes!

TECH Sat, 15 Sep 2018

Cara Padam Gambar Atau Video Pendua Pada iPhone

Antara cara untuk mengosongkan ruang storan untuk Iphone anda.

TECH Mon, 13 Jan 2020
TECH Fri, 29 Jun 2018

Google Dedahkan Mereka Tewas Kepada Microsoft Dalam Usaha Mengambil-Alih GitHub

Awal bulan lalu, syarikat Microsoft telah mengumumkan mereka telah berjaya mengambil-alih syarikat GitHub dengan bayaran sekitar $ 7.5 billion(~RM 30.3 billion) ketika itu. Github merupakan sebuah syarikat yang menawarkan perkhidmatan berasaskan web kepada pembangun perisian dan pengaturcara. […]

TECH Wed, 10 Jul 2019

5 “Bluetooth Headphone” Terbaik Mampu Milik

Kepada anda yang masih tercari – cari fon telinga denga sambungan Bluetooth, berikut kami kongsikan 5 yang terbaik boleh anda pilih.

TECH Sat, 27 Jul 2019
TECH Thu, 1 Aug 2019

Awas Promosi WhatsApp Internet Percuma 1000 GB!

Awas dengan promosi terbaru, jangan sampai anda terkena

Automobile Tue, 9 Oct 2018

汽车「轻量化」会否影响安全?

汽车「轻量化 Lightweight」逐渐普及化,究竟轻量化会否影响安全?

Events Wed, 29 Aug 2018

Berita Baik! Tonton Kini Ditayangkan Secara Percuma

Langkah ini sekaligus membolehkan tonton  menjangkau lebih ramai khalayak dan mengurangkan kos dengan memasukkan pemain video YouTube dan Daily Motion pada laman web dan platform mudah alihnya

error: Content is protected !!