Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi June 5, 2025 @ 6:05pm

“Artis Sendu.. Konon Kata Single Tapi Realiti Sondol Suami Saya” – Individu Dakwa Nazeera Sardi Perosak Rumah Tangga?

Pelakon Nazeera Sardi berdepan kontroversi panas apabila seorang wanita tampil mendakwa rumah tangganya diganggu selebriti berkenaan.

Menerusi satu hantaran di platform Threads, wanita terbabit berkongsi tangkapan skrin akaun TikTok milik Nazeera sambil membuat tuduhan pedas, menyifatkan aktres itu sebagai ‘penyondol’ suami orang.

“Siapa peminat artis sendu ni? Tolong kirim salam. Katanya ada bisnes sendiri, duit banyak. Tapi kenapa masih nak ganggu rumah tangga orang?

“Konon muat naik status single, tapi realiti… sondol suami saya,” tulis wanita berkenaan, yang jelas kecewa dengan tindakan pihak ketiga itu.

Pendedahan itu sekali gus mencetuskan spekulasi dan perbualan hangat dalam kalangan netizen yang terkejut dengan pendedahan mengejut tersebut.

Setakat artikel ini ditulis, Nazeera atau nama sebenarnya Siti Nazirah Sardi, 38, masih belum memberikan sebarang maklum balas atau penjelasan terhadap tuduhan yang dilemparkan terhadap dirinya.

Nama Nazeera sebelum ini dikenali menerusi beberapa drama popular tempatan, dan turut aktif sebagai usahawan.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 27 Feb 2023
Hiburan Fri, 7 Feb 2025
Hiburan Tue, 11 Sep 2018

Pengunjung Kelab Malam Kecewa Dengan Sikap Dua Selebriti Ini?

I used to respect them since dorang dah pakai tudung. I heard a lot of gossips about them. Ni bila dah tengok depan mata & cari pasal dengan kitaorang, I lose respect, sumpah hilang respect. They’re so cheap.

Featured Mon, 6 Sep 2021
Trending Sat, 1 Jan 2022

Aina Abdul, Haqiem Rusli, Naim Daniel Lolos Dengan 2 Lagu – Ini Senarai Penuh 12 Finalis AJL36

Separuh Akhir Muzik Muzik 36 (SFMM36) yang berlangsung di Studio 1, Glenmarie, Shah Alam pada 31 Disember 2021 dan 1 Januari 2022 melabuhkan tirai sebentar tadi. Persaingan 30 lagu di SFMM36 merebut 12 tempat ke […]

Kisah Viral Sun, 12 Jun 2022
error: Content is protected !!