Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin August 9, 2022 @ 8:04pm

“Awal Perkahwinan Dulu Memang Sedih Cuma…” – Usia Perkahwinan Cecah 9 Tahun, Izzue Islam Dan Isteri Mahu Fokus Jalani Rawatan IVF

Penyanyi dan pengacara, Izzue Islam Mazlan, 32, mengakui dia dan isteri, Nurinafilah Waharudin atau Awin, kini sedang mencari waktu yang sesuai untuk fokus terhadap rawatan persenyawaan in-vitro (IVF) sebagai satu usaha untuk mendapatkan zuriat.

Namun, untuk melakukan rawatan tersebut, beliau dan isteri disarankan oleh doktor untuk mendapatkan rehat yang secukupnya sebelum menyambung semula rawatan berkenaan meskipun sebelum ini terpaksa menghentikan rawatan itu akibat jadual yang terlalu padat.

“Saya dan Awin alhamdulillah keputusan semuanya baik. Cuma doktor pesan memang lkita kena ada masa dan set betul-betul masa untuk rehat dan sambung treatment.

“Sebab kalau kerja je dan tak ada masa yang betul-betul untuk rehat, dia akan ganggu. Dan berkemungkinan juga akan tak jadi.

“So, kalau boleh kita nak buat terus jadi lah kan… Kalau tak boleh kena betul-betul cari time tu,” katanya.

Sementara itu, Izzue mengakui untuk melakukan rawatan IVF, beliau dan isteri memerlukan jangka masa sekurang-kurangnya 9 bulan.

Dan, beliau juga menjangkakan akan menjalani proses tersebut pada tahun ini bergantung kepada keadaan dan komitmen kerjanya.

“Sekarang ini jadual sampai hujung tahun sudah disusun. So, memang plan kami cuba kosongkan at least 9 bulan untuk IVF ni.

“Yelah… nak buat IVF ni bukannya mudah. Kita tak boleh berhuha-huha lepas jalani rawatan. Benda tu semua kena jaga.

“Tanggungjawab yang ada pun kena lunaskan. Insya-Allah kalau sempat hujung tahun ini tapi kalau tak sempat memang kena plan balik lah…” jelasnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Izzue Islam ™ (@izzueislam)

 

Walaupun usia perkahwinan kini mencecah 9 tahun, bekas ahli kumpulan Forteen ini berkongsi pernah berasa sedih dengan ujian zuriat ini namun, tetap bersyukur kerana dikurniakan isteri sebagai sumber kekuatan yang paling kuat untuk dirinya.

Justeru itu, dia percaya soal rezeki itu semuanya sudah ditentukan Allah.

“Kalau tanya saya sedih ke tak… saya jawab tak. Awal-awal dulu mungkin… cuma rezeki anak tu belum dapat tapi Allah beri rezeki kesihatan dan itu saya patut bersyukur.

“Kalau ditanya pasal kekuatan, saya bersyukur sebab Allahtemukan saya dengan Awin. Sebenarnya, kekautan saya yang paling kuat adalah isteri saya. Yang pertama sekali. Dan, kedua keluarga saya serta orang-orang sekekliling dan sahabat.

“Kerana mereka ini lah yang sentiasa memberiak kata-kata positifmalah tak pernah membanding-bandingkan saya kata bila nak ada zuriat dan sebagainya,” katanya.

Ditanya mengenai pengambilan anak angkat pula, pasangan ini memaklumkan, buat masa ini mereka tidak terfikir untuk mengambil anak angkat kerana sedia maklum tanggungjawab yang harus dipikul itu besar.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Izzue Islam ™ (@izzueislam)

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Program TV Wed, 3 Aug 2022

“Benda-Benda Macam Ni Ada” – Detik 12 Malam Bakal Naikkan Bulu Roma Penonton

Jangan lupa tonton Detik 12 Malam setiap Jumaat, 11.30 malam di TV3.

Hiburan Wed, 30 Oct 2019
Featured Mon, 15 Aug 2022
Trending Wed, 27 Dec 2023

Gara-Gara Mahu Mengambil Baju Di Balkoni, Penuntut Universiti Terjatuh Dari Tingkat 34

Jadi pengajaran buat semua…hati-hati semasa nak ambil baju tu🥺

Featured Wed, 3 Aug 2022
Hiburan Wed, 4 Mar 2026

“Jangan Salahkan Nora Danish, Dia Sedang Berubah Jadi Lebih Baik” – Boss Ned

Nedim Nazri tampil mempertahankan bekas isterinya, selebriti terkenal, Nora Danish

Trending Sat, 5 Dec 2020
Hiburan Wed, 13 Dec 2023
Featured Wed, 25 Jan 2023

Gelagat Didie Alias Usik Mak Jah Melatah Undang Tawa Warganet

Gelagat pelakon dan pelawak, Didie Alias menyakat pelakon veteran, Mak Jah meraih perhatian peminat. @mumydidiealias Hahaha lama tak menyakat Mak Jah,tetap sempoi,mumy simpan sini buat kenangan terindah.Sayang Mak Jah #sukasuka #hiburkanhati #stylocharity #lagenda #fyp #fypシ゚viral […]

error: Content is protected !!