Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin September 28, 2025 @ 8:14pm

Azam Buka Lembaran Baharu, Haneesya Hanee Kini Mahu Dikenali Dengan Nama Sharifah Haneesya

Selepas melalui beberapa siri kontroversi, pelakon jelita, Haneesya Hanee, 25, kini ingin dikenali dengan nama Sharifah Haneesya.

Menjadi petanda bermulanya fasa baharu selepas pelbagai isu panas yang pernah membelenggu kerjaya seninya, pemilik nama sebenar Sharifah Haneesya Sayed Sahlan mendedahkan langkah itu diambil selepas mendapat nasihat ibunya, selain merasakan ia sebagai satu petunjuk daripada Allah.

“Selepas saya luahkan isi hati melalui sebuah program bersama Elly Mazlein, rasa lega itu ada… Tetapi ibu tetap melihat seolah-olah masih ada kekosongan dalam diri saya.

“Ibu cadangkan saya kembali gunakan nama Sharifah. Katanya, ada nama yang mungkin tidak sesuai untuk kita.

“Walaupun pada awalnya saya ragu sebab orang sudah kenal saya sebagai Haneesya Hanee, tapi bila cadangan itu keluar daripada mulut ibu sendiri, saya percaya ia adalah isyarat daripada Allah,” katanya.

Menunaikan solat serta berdoa memohon kepastian dan petunjuk Allah, Haneesya mendedahkan sebaik sahaja dia menggunakan nama asal, pelakon drama bersiri Aku Bukan Ustazah itu merasakan seolah-olah dia dilahirkan semula.

Dedah Haneesya lagi, dia memilih nama Haneesya Hanee pada awal karier kerana enggan dikaitkan dengan bapanya yang tidak pernah hadir dalam hidupnya.

“Nama penuh saya memang Sharifah Haneesya, semua orang tahu gelaran Sharifah itu datang daripada keluarga sebelah ayah. Tetapi saya enggan dikaitkan dengan dia kerana dia tidak pernah membesarkan saya.

“Sebab itu saya gunakan nama Haneesya Hanee yang diberi ibu. Tambahan pula, sejak kecil orang memanggil saya Hanee, jadi lebih mudah untuk diingati.

“Namun begitu, orang nampak Haneesya Hanee sebagai gadis yang liar, penuh dosa, seolah-olah ditakdirkan masuk neraka. Apa sahaja kebaikan yang saya buat, jarang orang peduli.

“Sebab itu saya putuskan untuk kembali kepada nama sebenar. Itu nama yang Allah titipkan melalui ibu bapa saya. Sekarang saya hanya mahu dikenali sebagai pelakon dengan nama yang bersih, supaya orang fokus pada bakat, bukan masa lalu,” ujarnya.

Meskipun ada yang menyambut baik, pemenang trofi Artis Baharu Wanita Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) Ke-32 itu mengakui tidak terlepas daripada komen negatif.

“Ramai terkejut bila tahu saya memang berketurunan Sharifah. Ada yang salah sangka kata saya campuran Arab, sedangkan saya sendiri tak pasti asal-usul sebelah sana.

“Tak kurang juga yang memperli kononnya saya tak layak guna nama itu, dan suruh saya kembali guna nama lama. Tapi saya tak kisah. Yang penting sekarang saya lebih tenang,” katanya.

Dalam perkembangan terbaru, Haneesya turut meluahkan rasa gembira apabila namanya tersenarai sebagai calon Top 20 kategori Aktres Pembantu TV Popular ABPBH 37, bersaing dengan 19 pelakon lain.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 2 Dec 2024
Featured Sat, 15 Feb 2025

Kembali Bergelar Isteri, Siti Saleha Selamat Bernikah Dengan Joshua Fritton

Majlis resepsi di pihak lelaki pula akan diadakan minggu hadapan secara besar-besaran di Melaka

Hiburan Fri, 22 Aug 2025
Hiburan Tue, 22 Jan 2019

Siapa Agaknya Si Fatimah Gila Ni?

Yang penting, Clap! Applause! Clap! Applause

Filem Thu, 2 Jan 2020
Hiburan Fri, 1 Mar 2019

Hamil Anak Kedua, Hanis Zalikha Asyik Mengidam Makanan Manis

Semoga segala urusan bersalin anak kedua Hanis dipermudahkan Allah SWT… Insya Allah.

Featured Fri, 27 Jan 2023
Hiburan Tue, 5 Nov 2019

Sheila Rusly Bawa Diri?

Jangan bawa diri jauh-jauh, pleaseeee…

Hiburan Sat, 19 May 2018

Sarimah Ibrahim Jalani Rawatan IVF?

Sarimah berkata, dalam usia 40 tahun ini beliau berharap dapat menimang cahaya mata kerana tahap kesihatan Sarimah dan Suami berada dalam keadaan baik. Justeru itu, beliau juga turut berkongsi bahawa hasratnya untuk menjalani rawatan tersebut turut disokong oleh penyanyi nombor satu Malaysia, Datuk Seri Siti Nurhaliza

error: Content is protected !!