Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi February 10, 2026 @ 11:37am

Azmi Saat Pertaruh ‘SATU’, Buka Lembaran Baharu Sebagai Penyanyi Solo

Bukan lagi sekadar suara di sebalik nama kumpulan, Azmi Saat kini tampil dengan keberanian baharu apabila mempertaruhkan single solo berjudul SATU.

Selepas lebih 10 tahun membina reputasi sebagai vokalis utama Caliph Buskers, Azmi atau nama lengkapnya, Khairul Azmi Muhammad Saat, 38, menyifatkan kemunculan lagu itu sebagai fasa penting dalam perjalanan seninya.

Menurutnya, SATU bukan sekadar percubaan solo, tetapi lambang kematangan dan keyakinan diri untuk membawa identiti tersendiri dalam industri muzik tempatan.

“Ini bukan soal mahu lari daripada kumpulan, tetapi saya mahu berkembang sebagai anak seni. SATU sangat dekat dengan jiwa saya,” katanya.

Menariknya, lagu ciptaan Naqiu dengan lirik tulisan Wit Mohsen itu sudah berada dalam simpanannya sejak tiga tahun lalu.

Azmi mengakui, sebaik mendengar melodi yang diperdengarkan, dia terus terpaut.

“Melodinya cukup kuat dan liriknya membawa tema cinta seorang hamba kepada Sang Pencipta. Saya memang cenderung kepada karya berunsur ketuhanan, jadi lagu ini terasa sangat peribadi,” katanya.

Walaupun proses rakaman tertangguh beberapa kali berikutan jadual padat, Azmi percaya setiap yang berlaku mempunyai hikmah.

Lebih bermakna, SATU turut dipilih sebagai runut bunyi (OST) utama bagi drama rantaian 60 episod yang bakal menghiasi slot siaran sepanjang Ramadan ini.

“Bagi saya, ini rezeki yang datang pada waktu tepat. Lagu ini membawa mesej yang sesuai dengan suasana Ramadan,” katanya.

Diterbitkan oleh Sony Music Malaysia, SATU akan dilancarkan secara rasmi pada 30 Januari 2026 dan boleh didapati di semua platform digital.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 12 Jun 2025
Hiburan Tue, 11 Feb 2020
Featured Fri, 5 Nov 2021

Comelnya! Viral Di TikTok, Netizen Terhibur Dengan Gelagat 2 Warga Emas ‘Struggle’ Nak Rakam Video

Tular satu video di aplikasi TikTok baru-baru ini apabila melihat gelagat dua wanita warga emas yang membuatkan mereka terkial-kial mengenai fungsi kamera pada telefon bimbit. @lindaaliass Situasi mama and makdak struggle nak flip video guna […]

Hiburan Sat, 19 May 2018

Selalu Dating, Rahsia Bahagia Justin Timberlake Dan Isteri

Nak tahu rahsia mereka kenalah baca entri nie..

Hiburan Fri, 28 Feb 2025

Rebecca Nur Al Islam Panggil Bonda Rozita ‘Kakak Iparku’, Ibu Aliff Syukri Didakwa Dah Kahwin Baru?

Status Bonda Rozita jadi perhatian, sosok lelaki didakwa abang Rebecca Nur Al Islam

Hiburan Fri, 26 Jul 2019
Trending Wed, 18 Sep 2019

Berhati-hati Kerana Harimau Kumbang Masih Lagi Berkeliaran

Kurangkan akitiviti diluar dan pastikan selalu berhati-hati kerana masih lagi berkeliaran.

error: Content is protected !!