#BabyXTRA By: Aqilah Paharuzi October 6, 2023 @ 1:54pm

#BabyXTRA: Bakal Bersalin Minggu Depan, Nad Zainal Niat Nak Berpantang Di Confinement Centre… Akui Hamil Umur 30-an Lebih Mencabar, Berharap Cepat Kurus Lepas Bersalin

Menjalani pengalaman mengandung ketika di usia awal 20-an dan 30-an semestinya amat berbeza dan lebih mencabar, itulah juga yang dilalui oleh pelakon, Nad Zainal.

Menerusi segmen #BabyXTRA minggu ini, Nad Zainal berkongsi pengalmannya hamil anak ketiga, hasil perkahwinan bersama aktor, Ungku Ismail.

Sementara itu, berdasarkan sesi siaran langsung di TikTok, Nad yang dijangka bakal bersalin pada minggu hadapan berharap agar dia dapat mengurangkan berat badannya selepas melahirkan anak ketiga.

Cepat Penat, Mengah

Nad Zainal

Pengorbanan seorang ibu, sanggup melalui segalanya walaupun perit demi anak-anak.

Begitu dengan Nad Zainal yang merasakan hamil anak ketiga ini membuatkan dirinya lebih cepat rasa sakit.

“Memang berbeza betul mengandung di usia 20-an, saya sekarang 33 tahun.. Mungkin allignment pun dah lari. Masuk pukul 7 ke 8 malam je saya dah mengantuk.

“Saya rasa kali ini memang cepat penat, mengah mungkin sebab dah masuk anak ketiga, dan saya cepat rasa sakit.

“Anak first paling steady, boleh berjalan, berlari. Yang ketiga ni hujung-hujung waktu shooting pun dah kena duduk,” katanya dalam sesi siaran langsung.

Hamil Kali Ketiga Lebih Suka Memasak

Nad Zainal

Pengalaman mengandungkan anak pertama, kedua dan ketiga pasti berbeza-beza kan?

Menurut Nad Zainal, ketika mengandungkan anak pertama, Fahad atau nama panggilannya Yem dan anak kedua, Budi dia suka mengemas rumah.

Anak ketiga kali ini Nad lebih gemar memasak, walaupun kakinya akan bengkak dan lebam kerana berdiri.

“Masa mengandungkan Yem dan Budi, saya banyak mengemas.

“Tapi kali ketiga ni saya sukaaa sangat masak. Kira macam dapat masak tu nikmatnya, walaupun sakit kaki bagai.

“Dulu tu mengemop je kerja nak rumah sentiasa wangi je,” tambahnya lagi.

Berpantang Bersama Confinement Lady (CL), Atau Di Confinement Centre?

Nad Zainal

Bakal bersalin pada minggu kedua bulan Oktober, Nad berkata dia masih keliru sama ada mahu berpantang di rumah bersama confinement lady, atau berpantang di confinement centre.

“Sekarang macam terniat macam nak berpantang di confinement centre in order untuk dapatkan rehat yang cukup, tanpa gangguan anak-anak.

“Suami kata masuk confinement centre dalam dua minggu dan bila dah rasa sihat, lepastu balik ke rumah dengan confinement lady,

“Saya tengah confuse sekarang ni nak berpantang di mana. Ada confinement centre, tapi saya juga merasakan berpantang kat rumah tu lagi best.

“Saya tahu kalau kat confinement centre makanan semua dijaga, makanan sampai lime keenam sehari.

“Sebelum ni memang confinement lady datang ke rumah. Cuma ada pros and cons la. Kalau confinement centre, baby nangis ada nurse akan datang. Jadi kita boleh rest.

“Tapi jumlah untuk urutan, tangas, bertungku semua tu lebih banyak kita dapat bila ambil confinement lady yang datang ke rumah tu. Hari-hari memang ada urut.

“Bagi saya semasa berpantang tu kita nak fokus kepada urutan, sauna, tangas dan semua tu sebab kita nak baik cepat, nak bekerja,” katanya lagi.

Sekadar info, Nad sebelum ini pernah berkahwin bersama Faliq pada 18 Disember 2015 namun disahkan bercerai pada September 2022. Mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Fahad Ibrahim dan Budi Kalsom.

Nad kemudian mendirikan rumah tangga bersama aktor, Ungku Ismail pada 23 Januari 2023 dan sedang menanti cahaya mata pertama.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Akui Bukan Jenis Rakan Hilang Dari Radar, Sharifah Sakinah ‘Buka Mulut’ Isu Beri Kenyataan Pada Nad Zainal – “Saya Sendiri Tak Tahu Button Block Dekat Mana”

Artikel Berkaitan: Pengalaman Hidup Mematangkan, Nad Zainal Tak Mahu Serabut Fikirkan Isu Hilang Kawan – “Apa Yang Jadi, Faham Sendirilah… Saya Bahagia”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

#BabyXTRA Fri, 7 Apr 2023

#BabyXTRA: Hamil Anak Kedua Buat Emma Maembong Lebih Matang… Elak Sifat Boros!

Semoga selamat bersalin anak kedua Emma! 🥰❤️

#BabyXTRA Fri, 8 Sep 2023

#BabyXTRA: Ambil Tugas Jaga Anak Pada Waktu Malam, Harris Annuar Rendahkan Ego Mohon Maaf Pada Isteri Setiap Kali Bertengkar

Wahh, bukan senang lelaki nak turunkan ego kan? Cayalah, terbaik Harris Annuar 🤩

#BabyXTRA Fri, 5 May 2023

#BabyXTRA: Hamil Anak Kedua Buat Neelofa Semakin Aktif, Banyak Makan Suplemen Kalsium Elak Rasa Lenguh Badan!

Semoga urusan bersalin baby kedua Neelofa akan dipermudahkan segalanyaaa ❤️❤️

#BabyXTRA Fri, 17 Mar 2023
#BabyXTRA Fri, 28 Jul 2023
#BabyXTRA Fri, 2 Jun 2023

#BabyXTRA: Suka Berpantang Cara Tradisional Melayu, Maryam YouNarae Belajar Urus Anak Dari Youtube!

Orang Korea pun suka berpantang cara tradisional Melayu tauuu 🙈 Cenggini lahhh Maryam 👍🏻😊