Euforia Bola 2026
Featured By: Atiqah Johari October 8, 2022 @ 5:45pm

Bakal Timang Anak Ke-6, Isteri Aliff Syukri Terkejut Video Tular – “Bukannya Saya Baru Hamil Anak Sulung”

Isteri usahawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri, Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid telah mengesahkan bahawa dirinya kini sedang hamil anak keenam dengan usia kandungan mencecah empat bulan selepas tular sebuah video di laman sosial baru-baru ini.

Menurut Shahida, kali ini dia mengalami alahan yang teruk pada awal kehamilan dan mudah letih sehingga menyebabkan dia jarang berkongsi perkembangan di media sosial.

“Ya, saya sedang hamil anak keenam, usia kandungan baru masuk tiga ke empat bulan. Saya tidak terlalu gembar-gemburkan mengenai kehamilan ini. Ini kali keenam dan bukannya saya baru hamil anak sulung. Jadi saya menjalani kehidupan macam biasa saja.

“Pada awal kehamilan, saya alami alahan teruk juga, cepat rasa penat, malas dan sebagainya. Sebab itulah kalau ada yang perasan saya sekarang jarang mengemaskini perkembangan terkini di media sosial. Apa yang dimuat naik pun gambar atau video lama,” katanya kepada Harian Metro.

Memetik laporan Harian Metro, Shahida akui berasa pelik mengenai video yang tular sebelum ini mengenai kehamilannya kerana ini bukan kehamilan pertama.

“Cuma itulah bila perkara ini menjadi tular, saya pun rasa pelik. Kita bukan baru hamil, anak pun dah lima orang. Apa pun saya mengucapkan terima kasih atas doa baik-baik yang dititipkan semua. Doakan agar urusan seterusnya dipermudahkan. Memang kami merancang nak enam orang anak.

“Soal jantina saya serahkan kepada Allah SWT. Kami tak kisah dapat anak lelaki atau perempuan, cuma yang penting mendoakan agar bayi dalam kandungan ini sihat,” ujarnya.

Untuk info, Aliff Syukri dan Nur Shahida telah mendirikan rumah tangga bersama pada Ogos 2007.

Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan lima orang cahaya mata iaitu Ammar Ahyan, Qadejah El Zahra, Ibraheem Adham, Yusof Al Qardawi dan Raudah Arshiyah serta menjaga seorang anak angkat.

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 28 Mar 2025

Johan Jalin Kolaborasi Bersama Fazley Yaakob, Dapat Idea Kerjasama Di Tepi Padang Bola

Johan menjalin kolaborasi istimewa bersama Datuk Fazley Yaakob.

Featured Fri, 31 Mar 2023
Featured Thu, 23 Jan 2025

Hafiz Suip Rancang Tempah Kaki Palsu Buat Ibu Tersayang

Kami sebagai anak yang perlu menjadi ‘kaki’ (penguat semangat) buat ibu.

Events Mon, 7 Oct 2019

Resorts World Genting Celebrates Christmas Eve With Al McKay’s Earth, Wind & Fire Experience

Return to the magic of the 1970s with Al McKay’s Earth, Wind Fire Experience!

Featured Sun, 9 Jul 2023
Hiburan Sun, 13 Oct 2019

Doakan Mamat Khalid…

Semoga diberi kesembuhan buat abang Mamat Khalid. Amin YRA!

Hiburan Mon, 2 Mar 2026

“Tak Suka Tapi Masuk ‘Live’, Kau Kenapa Nyah?” – Fattah Amin, Amira Othman Tegur ‘Haters’

Amira Othman dan Fattah Amin mencuri tumpuan apabila mempersoalkan tindakan segelintir netizen atau dilabel sebagai ‘haters’

error: Content is protected !!