Euforia Bola 2026
Trending By: Syamir Shafie January 15, 2024 @ 9:41am

Bakar Al-Quran Di Dalam Tong Sampah Gagal, Cubaan Pemimpin Anti-Islam Belanda Tidak Berjaya

Tular di media sosial tindakan berani seorang individu yang cuba membakar kitab suci Al-Quran di kawasan orang ramai.

Kejadian tersebut dipercayai berlaku di Arnhem, Belanda pada Ahad.

Menurut laporan antarabangsa, individu tersebut merupakan pemimpin pergerakan Patriotik Eropah Menentang Pengislaman Barat (Pegida) Belanda, Edwin Wagensveld.

Difahamkan, Edwin mengoyakkan beberapa helai halaman Al-Quran dan kemudian memasukkannya ke dalam tong sampah untuk dibakar.

Berdasarkan video berdurasi satu minit empat saat berkenaan, Edwin dilihat dikelilingi dan diawasi beberapa anggota polis serta sekumpulan rakyat yang turut sama melakukan tunjuk perasaan berhampiran bangunan Parlimen.

Terdapat juga segelintir penduduk Belanda yang merakam provokasi terhadap agama Islam itu.

Sementara itu, sebelum Edwin sempat menyalakan api untuk membakar helaian-helaian Al-Quran di dalam tong sampah, seorang lelaki datang menerpa dengan pantas lalu menyerang, menerajang dan memukul Edwin kerana berang dengan perbuatan terkejinya itu.

Lelaki tersebut dikatakan turut sama turun padang dalam melakukan protes terhadap provokasi Edwin serta tidak berpuas hati dengan Datuk Bandar Arnhem, Ahmed Marcouch lantaran gagal mengawal keadaan di lokasi berkenaan.

Menurut sumber, beberapa individu yang terlibat sama semasa menyerang Edwin dilaporkan sudah ditahan manakala Edwin dikatakan masih berada di bawah pantauan polis.

Terdahulu, ketika Edwin dilantik menjadi pemimpin sayap kanan Eropah terbaharu melakukan penghinaan terhadap Islam dengan mengoyak dan membakar al-Quran di Belanda pada Januari tahun lepas.

Pihak berkuasa polis tempatan dilaporkan memberinya kebenaran untuk melakukan perbuatan itu dengan syarat dia tidak membakar kitab suci umat Islam itu.

Bukan itu sahaja, Ahmed Marcouch turut tidak melarang perbuatan membakar kitab suci al-Quran di Belanda.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 20 Oct 2021

Kongsi Berita Gembira, Elfira Loy Hamil Anak Kedua

Pelakon Elfira Loy, 27, mengumumkan berita gembira dirinya sedang hamil anak kedua. Elfira menerusi akaun Instagram miliknya memuat naik gambar dengan memegang belon yang tertera ‘Baby 2 is Coming’ dan perkara itu jelas mengumumkan bahawa […]

Featured Fri, 14 Nov 2025

Babak Atas Ranj*ng Riena Diana & Keith Foo Dalam Toksik Cinta Dikritik

Adegan intim melibatkan pelakon Riena Diana dan Keith Foo menerusi drama Tonton berjudul, Toksik Cinta mengundang kecaman

Hiburan Thu, 26 Dec 2024

Ada Hiasan Pokok Krismas Dalam Rumah, Sasha Abdul Aziz Dikritik

Ada pokok krismas dalam rumah, Sasha Abdul Aziz dikritik

Featured Tue, 27 Sep 2022
Trending Tue, 10 Apr 2018

神人改图!如果超级英雄是「中国摊贩」网友笑惨

这年头超级英雄电影当道,英雄们的独特个性与能力,都让影迷留下深刻印象。如果把这些英雄放到中国的庶民生活中呢?中国网友「青红造了个白」就进行神改图,意外无违和的画面太搞笑了!

Hiburan Sun, 14 Sep 2025

Filem Lejen Kita! Tonton Hidupkan Semula Nostalgia Layar Perak Sempena Hari Malaysia

Jom, throwback semula Filem Lejen Kita hanya di Tonton!

Trending Tue, 3 Apr 2018

大号一半门口突然爬进「陌生小孩」他认真问……

上厕所大概是每个人最无助的时候,毕竟裤子都脱了,你也很难做出反应。日前美国一位男子安德鲁(Andrew)在外上大号时,却遇到一个小男孩突然爬进来,让他吓了一跳,而对方天真的说……

error: Content is protected !!