Euforia Bola 2026
Trending Hari Ini By: Attiqah Mohd July 8, 2020 @ 11:07am

Bank Negara Kurangkan Lagi Kadar Faedah Kepada 1.75 Peratus

Menerusi Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC),  Bank Negara Malaysia (BNM) membuat keputusan untuk menurunkan lagi kadar dasar semalaman (OPR) sebanyak 0.25 peratus kepada 1.75 peratus.

Penurunan tersebut menjadikan OPR, yang menjadi penanda aras rujukan kadar pinjaman tempatan, berada pada paras terendah dalam sejarah.

Berikutan itu, kadar siling dan lantai koridor OPR masing-masing dikurangkan kepada 2.00 peratus dan 1.50 peratus.

BNM berkata, impak COVID-19 terhadap ekonomi global adalah teruk.

Keadaan ekonomi global, kata bank pusat, kekal lemah dengan pertumbuhan global yang diunjurkan negatif pada tahun ini.

“Walaupun paras terendah dijangka berlaku pada suku kedua, kelemahan yang menyeluruh dalam pasaran pekerja dan sikap isi rumah dan perniagaan yang berhati-hati boleh menjejaskan pemulihan pada masa depan.

“Beberapa ekonomi utama telah mula melonggarkan langkah pembendungan pandemik COVID-19 yang membawa kepada penyambungan semula aktiviti ekonomi secara beransur-ansur.

Sumber: BH

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 5 Sep 2023
Featured Tue, 12 Jul 2022

[VIDEO] Netizen Tak Puas Hati Aaisyah Gemar Melaram, Che Ta Tampil Beri Teguran ‘Pedas’ – “Mak Dia Ratu Malaysia, Kemana Tumpahnya Kuah Kalau Tak Ke Nasi!”

Hah tu dia Che Ta dah sound hampa. Biaq p la anak depa nak melaram, min suka tengok Aaisyah pandai jaga penampilan dia.

Hiburan Fri, 6 Apr 2018

Ude Wahid Semakin Biadab?

Namun, tidak berhenti disitu Ude baru-baru ini telah memuat naik gambar dilaman instagram beliau yang menunjukkan sarapan roti telur yang dibuat oleh isterinya, Izreen. Dalam ruangan caption tersebut, Ude seakan-akan memerli bekas isterinya yang dianggap sudah move on

Featured Fri, 26 Jan 2024
Hiburan Thu, 13 Jul 2023
Featured Thu, 13 Apr 2023
error: Content is protected !!