Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Faida March 8, 2019 @ 1:24pm

Bapa Angkat Azharina Kini Tenat Di Hospital

Penyanyi Azharina memaklumkan bapa angkatnya yang dikenali sebagai Hamidi kini tenat di hospital.

Menurut penyanyi Elergi Sepi ini, dia berasa hiba apabila lelaki yang menjaganya sejak dari usia 18 tahun kini sakit terlantar di hospital.

“ Asalamualaikum semua, papa Nina sedang tenat di hospital. Dialah yang menjaga dan selalu menasihati Nina bersama mama dari usia Nina 18 tahun perkenalan pertama kami sehingga Nina menjadi ibu tunggal sekarang.

“ Dialah imam bila mana setiap kali ada bacaan doa dan solat di rumah. Papa Hamidi mengambil Nina menjadi anak angkatnya bila dia mula melihat Nina, kasih sayang papa dan mama tak ada bezanya dengan yang lain,” katanya hiba.

 
 
 
View this post on Instagram

Asalamualaikum semua . Papa nina sedang tenat di hospital . Dialah yang menjaga dan selalu menasihati nina bersama mama dari usia nina 18tahun perkenalan pertama kami sehingga nina menjadi ibu tunggal skarang . Dialah imam bilamana setiap kali ada bacaan doa dan solat di rumah . Papa hamidi mengambil nina menjadi anak angkatnya bila dia mula melihat nina … kasih sayang papa dan mama tak ada beza nya dgn yang lain . Sama seperti anak kandung mereka . Sedih pilu hati nina melihat keadaan papa begini . Setiap nina di landa masalah papa slalu mendengar luahan dan menasihati nina bersabar . Di usia 74tahun dia gagahi setiap langkahnya setiap hari 5x ke surau nurul imam dan menguruskan hal hal surau . Doakan papa senantiasa sehat dan kuat menghadapi sakit ini . Semoga papa bisa sembuh . Anakmu nina … sayang papa

A post shared by Azharina Azhar (@azharina_a) on

Tambah penyanyi berusia 34 tahun ini, dia sudah menganggap Papa Hamidi seperti bapa kandungnya sendiri.

“ Setiap kali Nina dilanda masalah papa selalu mendengar luahan dan menasihati Nina bersabar. Di usia 74 tahun dia gagahi setiap langkahnya setiap hari lima kali ke surau Nurul Imam dan menguruskan hal surau,” katanya.

Ibu kepada Rahmat Azharin Azhar Abdullah ini turut mendoakan agar bapa angkatnya itu dikurniakan kesembuhan oleh Allah SWT.

“  Doakan papa sentiasa sihat dan kuat menghadapi sakit ini. Semoga papa bisa sembuh. Anakmu Nina…sayang papaa,” akhirinya.

Dalam perkembangan lain, Azharina bakal beraksi di Konsert Azharina Queen of Soul yang bakal berlangsung pada 29 Jun di Royale Theatre Shah Alam, Selangor. 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Hari Ini Thu, 21 May 2020

Tiada Lagi Rentas Negeri Bermula Hari Ini – Ismail Sabri

kenderaan yang tertangkap ketika cuba rentas negeri akan dikenakan kompaun

Featured Mon, 25 Mar 2024
Featured Thu, 21 Oct 2021

Pernah Dibuli, Pandelela Rinong Dedah Bekas Jurulatih Sering Buat Lawak Lucah

Isu gangguan seksual dan rogol kembali viral setelah menjadi topik hangat dalam kalangan netizen yang melibatkan golongan artis ketika ini. Tidak ketinggalan juga apabila ratu terjun negara, Datuk Pandelela Rinong mendedahkan bahawa dia pernah dibuli […]

Events Thu, 6 Jun 2019

《守百年之约》造势活动千人捧场!场面声势浩大

八度空间《守百年之约》造势活动,吸引约千人到场支持,场面声势浩大,足见《守百年之约》的热播效应持续发酵,追剧狂潮强烈席卷全城!

Hiburan Sun, 14 May 2023
Hiburan Wed, 6 Jun 2018

Pengasas Kate Spade Ditemui Mati Tergantung

Walaupun Kate sudah tidak lagi menjalankan sebarang urusan dengan Kate Spade sejak lebih sedekad lalu, namun Kate dan suami Andy merupakan pengasas dan pencipta kepada jenama yang disayangi ramai ini. Kate akan terus dirindui…

Hiburan Mon, 23 Apr 2018

茜拉婚礼星光熠熠 现场800人送祝福

27岁的茜拉(Shila Amzah)与28岁的丈夫哈里斯(Haris Elias)一对新人昨晚在布城五星酒店举行迎宾婚宴,与受邀出席的亲朋好友、粉丝和媒体一同分享喜悦!

error: Content is protected !!