Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi February 11, 2025 @ 7:34pm

Baru Berusia 6 Bulan, Anak Bongsu Zaquan Adha, Ayu Raudhah Meninggal Dunia

Pemain bola sepak, Zaquan Adha memaklumkan anak bongsunya, Muhammad Aisy Al Rees telah meninggal dunia pada usia enam bulan pada petang, Selasa.

Suami kepada pelakon, Ayu Raudhah berkongsi berita duka itu menerusi perkongsian yang dimuat naik di Instagram Story (IGs) miliknya, sebentar tadi.

“Salam semua, anak bongsu kami Muhammad Aisy Al Rees Mohamad Zaquan Adha telah kembali kepada penciptanya sebentar tadi. Doakan saya dan isteri kuat untuk dugaan ini,” katanya.

Bagaimanapun, pasangan suami isteri itu tidak memaklumkan punca kematian anaknya itu.

Ayu yang juga adik kepada pelakon dan usahawan, Rozita Che Wan melahirkan anak bongsunya itu pada Ogos tahun lalu.

Untuk rekod, pasangan sama cantik sama padan ini mendirikan rumah tangga pada 21 Januari 2011.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakam dengan tujuh cahaya mata termasuk Muhammad Aisy Qaiser, 11, Muhammad Aisy Aryann, 10, Laura Zuleykha, 7, Muhammad Aisy Khaliq, 5, Muhammad Aisy Al Jibreel, 2, dan anak keenam yang berusia setahun.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 23 May 2023
Trending Wed, 31 Mar 2021

Pengalaman Kena Tipu Naikkan Semangat Rapper Baru Killa Driz

Banyak pengalaman yang dilalui oleh penyanyi baharu, Killa Driz, 22, saat bergelumang dalam industri muzik indie sejak berusia 15 tahun. Pelbagai kisah pahit manis dirasai sendiri olehnya sehingga akhirnya mematangkan dirinya. Membuat persembahan tanpa bayaran, […]

Trending Tue, 9 Jul 2019

“Sis Memang Idola”- Kenapa Gadis Ini Digelar Phoenix Malaysia?

Kecil-kecil cili padi tetapi di gelanggang ‘cili’ berbisa..

Events Mon, 2 Jul 2018
Trending Wed, 6 Jan 2021

Tidak Lulus i-Sinar? Ini Cara Permohonan Baru Untuk Kategori 2 Bermula 11 Januari

Tak lulus kategori 1? Jangan risau kategori 2 masih ada!

error: Content is protected !!