Euforia Bola 2026
Featured By: Ad Ops April 26, 2018 @ 1:00pm

Baru Umur 6 Tahun, Anak Beyoncé Sudah Ada Stylist Dan Personal Shopper Sendiri!

Bila kita berumur 6 tahun dulu, kita pakai saja apa yang ibu atau ayah kita suruh pakai bila nak keluar jalan-jalan.

Tapi anak penyanyi terkenal dunia, Beyoncé, iaitu Blue Ivy Carter, bukan budak kecil biasa macam kita dulu.

Besar kemungkinan baju-baju yang dia pernah pakai boleh kalahkan semua baju tercantik milik kita (orang dewasa yang berkali-kali ganda usianya).

Haih, tak apalah, dia kan anak selebriti? Dan sebab itulah dia mampu untuk ada stylist sendiri!

Menurut WWD, Manuel A. Mendez telah ditugaskan untuk menggayakan fesyen Blue Ivy apabila dia menghadiri acara-acara terkemuka bersama ibu atau bapanya, Jay-Z.

Bukan itu saja, Manuel juga adalah personal shoppernya! Wah! Bertuah betul budak kecil ini!

Sebelum ini, lelaki ini merupakan salah seorang pembantu peribadi Beyonce sejak 2009, jadi penyanyi mesti percayakan taste lelaki ini.

Salah satu “hasil kerja” Manuel yang paling menarik perhatian ramai ialah outfit Blue Ivy ketika dia menghadiri Wearable Art Gala bulan lepas.

Kecil-kecil cili padi, tapi kerana outfit emas lip-lap yang dipakainya memang membuatkan budak ini terserlah di mata pengunjung. 

 

A post shared by Beylite (@beylite) on

 

A post shared by Beyoncé (@beyonce) on

Di acara ini jugalah Blue Ivy telah membida US$19,000 untuk sesuatu objek seni walaupun Jay-Z sudah menghalangnya. Kalau dia nak sesuatu, dia mesti dapatkannya!

Manuel juga telah menyediakan tuxedo pantsuit oleh Valery Kovalska (dibuat khas untuk disesuaikan dengan badan kecil Blue Ivy) untuk dipakai ke acara Grammy Awards tahun ini.

Foto: Getty

Selain itu, Manuel juga telah memakaikan Blue Ivy dengan dress oleh Billie Blush (juga custom-made), collar oleh Raimana Cowan, serta kasut oleh Aquazzura untuk penampilannya di dalam video muzik Family Feud oleh Jay-Z.

Kesemuanya memang tak nampak macam pakaian yang budak-budak umur 6 tahun lain yang pakai. Beruntung betul!

Tak pastilah bila Manuel mula bekerja sebagai stylist Blue Ivy. Mungkin lepas ini dia akan menggayakan fesyen adik-adik kembar Blue Ivy (Rumi dan Sir Carter) pula.

Kita tunggu dan lihat.

Sumber: Marie Claire

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 23 Aug 2024
Featured Tue, 20 Dec 2022

Imran Bard Bangga Miliki Kancil Turbo – “Kalau Kat Highway Aku Kanan Je!”

Pempengaruh media sosial, Imran Bard sekali lagi berjaya mencuri tumpuan warganet dengan gelagat dan kata-katanya yang sering menyelar tohmahan orang luar terhadap dirinya. @kucengnanges hidup kancil! 🚙 #anakkirimansyurga #imerang #imranbard #anaqkirimanheaven #kancilturbo ♬ original sound […]

Featured Tue, 18 Feb 2025
Featured Sat, 23 Aug 2025

Bapa Makin Uzur, Amir Raja Lawak Rayu Stesen Televisyen Lunaskan Bayaran Hutang

Ia susulan keadaan bapanya, Azmi Deris yang semakin uzur dan memerlukan penjagaan teliti.

Cahaya Mata Thu, 22 Dec 2022

Anak Masuk Hospital, Ajak Shiro Titip Pesan Hubungan Adik Beradik Tak Akan Terputus

Perkongsian yang dimuat naik oleh pelawak Ajak Shiro berkenaan anaknya yang terpaksa mendapatkan rawatan di sebuah hospital meraih perhatian netizen.   View this post on Instagram   A post shared by Ajak Shiro (@ajakshiro) Menerusi […]

Featured Wed, 25 Mar 2020

Seramai 73 anggota kesihatan KKM positif COVID-19

Bantu mereka dengan duduk di rumah

error: Content is protected !!