Hiburan By: Padin February 8, 2026 @ 10:00pm

Bawa Watak Antagonis, Sarimah Ibrahim Bermain Dengan Cabaran Emosi – “Bukan Cuba Pertahankan Penyondol, Tapi…”

Pelakon cantik berbakat Che Puan Sarimah Ibrahim bermain dengan cabaran emosi apabila menerima tawaran membintangi drama bersiri terbaharu, Bila Cinta Menjadi Dosa yang bakal bersiaran di Slot Lestary TV3 bermula 27 Februari 2026, setiap Jumaat hingga Ahad, jam 9 malam.

Drama arahan Shuhaimi Lua Abdullah terbitan Tanah Beris Film Production itu menampilkan Sarimah sebagai Eva, watak antagonis yang sarat konflik dan emosi.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by TANAH BERIS FILM PRODUCTION (@tanahberisfilmproduction)

Menurut Sarimah, jalan cerita naskhah berkenaan bukan sekadar drama cinta biasa, sebaliknya menyentuh sisi gelap hubungan manusia serta pilihan hidup yang rumit.

“Cerita ini memang berat. Watak Eva pula sangat mencabar sebab dia bukan karakter hitam putih. Dia wanita simpanan, tapi dalam masa sama sebenarnya mangsa keadaan,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: “Ada Yang Boleh Lemas Kalau Saya Bongkar Semua” – Sarimah Ibrahim Akui Banyak ‘Teh’ Dalam Industri Seni

Eva digambarkan sebagai wanita yang diperdaya seorang lelaki berstatus suami orang, Datuk Yusuf lakonan Zamarul Hisham, sehingga terperangkap dalam hubungan selama 15 tahun tanpa mengetahui kebenaran sebenar.

Sepanjang 30 episod, pelbagai konflik bakal dipaparkan termasuk soal pengkhianatan, emosi dan harga diri seorang wanita.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by TV3 | TV9 Drama Squad (@dramasangat)

Sarimah berkata, dia tertarik untuk menerima naskhah itu kerana mahu membawa perspektif berbeza terhadap watak yang sering dilabel negatif.

“Saya bukan cuba mempertahankan atau menormalkan perbuatan penyondol. Tapi, saya nak tunjuk setiap manusia ada latar belakang dan cerita sendiri. Tak semua perkara semudah menghukum,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: “Orang Yang Insecure Adalah Orang Yang Suka Membuli”- Sarimah Ibrahim

Tambahnya lagi, karakter Eva membuka ruang untuk dia meneroka sisi lakonan yang belum pernah dilakukan sebelum ini sepanjang kerjaya seni.

“Sejujurnya, saya tak pernah bawa watak seperti ini. Sebab itu saya rasa ini peluang untuk cabar diri dan keluar dari zon selesa,” katanya.

Mengakui risiko kecaman penonton, Sarimah berkata dia sempat berbincang dengan suami sebelum bersetuju menerima tawaran tersebut.

“Saya ada tanya suami dulu. Saya cakap watak ini berat dan mungkin orang akan marah atau kecam. Tapi kalau tak beri impak pun satu masalah juga,” katanya sambil ketawa kecil.

Bagi Sarimah, reaksi penonton adalah perkara biasa dalam dunia lakonan, namun dia lebih percaya pada kekuatan karya berbanding kontroversi.

“Saya tak percaya pada publisiti negatif. Saya lebih yakin pada kualiti kerja. Kalau cerita dan lakonan jujur, penonton akan faham sendiri,” katanya kepada XTRA.

Sarimah ditemui di acara The Affin Universe di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) pada Sabtu.

Sarimah muncul slot Let’s Talk bersama Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya serta Marriott Bonvoy.

Ketika sesi tersebut, suasana dilihat santai dan mesra apabila Sarimah berkongsi pandangan mengenai pelancongan dan gaya hidup, selain berinteraksi rapat dengan pengunjung yang tidak melepaskan peluang bergambar serta bertegur sapa.

Kumpulan AFFIN menganjurkan AFFIN Universe, acara gaya hidup dua hari di MITEC pada 7 dan 8 Februari 2026, dari jam 10 pagi hingga 10 malam.

Program ini menawarkan gabungan hiburan langsung, zon interaktif dan pelbagai tarikan merentas industri, selain penampilan selebriti termasuk Hael Husaini, Marsha Milan dan Wani Kayrie, Fara Fauzana dan Fizi Ali. Turut diadakan sesi chit chat bersama usahawan Datuk Seri Aliff Syukri serta siaran langsung podcast kewangan Financial Faiz dan Mr. Money TV.

Menurut Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AFFIN, Datuk Wan Razly Abdullah, acara ini menjadi ruang untuk menghubungkan komuniti, rakan strategik dan usahawan dalam satu pengalaman yang lebih bermakna.

Direka sebagai pengalaman menyeluruh, acara ini menggabungkan hiburan langsung, penampilan selebriti, zon interaktif serta pelbagai tarikan daripada industri automotif, pelancongan, fesyen dan makanan dalam satu ruang.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 13 Dec 2019

黄明志《4896 Final Call》吉隆坡站演唱会取消!

因合作无法达成共识,星艺娱乐宣告《黄明志<4896–Final Call>世界巡回演唱会》吉隆坡站取消!

Hiburan Fri, 31 Aug 2018

Ahli Keluarga Raikan Hari Jadi Micheal Jackson Ke 60

Dalam masa sama, anak dan anggota keluarga Raja Pop dunia itu turut melancarkan acara lelongan dan menerima pingat pada majlis mengingati mendiang.

Trending Wed, 17 Jun 2020

PKPP: Aktiviti Seminar, Kursus, Bengkel Dan Modul Latihan Kini Dibenarkan

Buat agensi yang menganjurkan aktiviti seminar, bengkel..

Hiburan Tue, 29 Oct 2019

Frust Bercinta…Ara Johari ‘Racun’ Hati Sendiri?

Kerana terlalu mencintai pasangan yang telah pergi…

Featured Wed, 22 Jan 2025
Trending Wed, 5 May 2021
error: Content is protected !!