Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin February 2, 2023 @ 6:48pm

Bekas Isteri Dituduh Tak Bahagia, Fizo Omar Sindir Mawar Karim? – “Difitnah Pun Adalah Satu Rezeki”

Baru-baru ini usahawan, Mawar Karim tampil membuka mulut selepas dituduh kelihatan tidak bahagia dan tidak secantik dahulu ketika masih menjadi isteri kepada pelakon, Fizo Omar.

Bagaimanapun, Mawar berkata, hidupnya kini lebih bahagia berbanding dahulu ketika bergelar isteri kepada aktor tersebut.

“Masalahnya hang tau ka kita ni tak bahagia? Kita pernah serumah kot or pernah kenal ka.

“Mai sini tuan badan anak Pak Karim nak jawab, Alhamdulillah dik hidup sekarang ni lebih bersyukur, tenang sebab duit tak habis lesap.

“Kalau banding dulu hang faham-faham sendiri la takkan nak pi cerita 1 dunia apa yang saya kena tanggung selama itu,

“Yang penting tak kena tipu or diperguna selama ini pun alhamdulillah syukur dik buat kita bahagia,” katanya.

Terbaharu, berdasarkan pemerhatian XTRA, Fizo menerusi hantaran terkini di Instagramnya dilihat seolah-olah membalas kenyataan Mawar menerusi kapsyen yang ditulisnya.

“Small family with big happiness. Syukur Alhamdulillah rezeki kebahagiaan dan kesihatan dari Allah. Semoga Allah berikan ketenangan buat semua.

“Nota kaki : rezeki Allah ni datang dari pelbagai bentuk, difitnah pun adalah salah satu rezeki. Rezeki ujian yang akan memberikan kekuatan,” tulisnya.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen menitipkan pesanan dan tanda sokongan terhadap Fizo agar terus kuat dan sabar dalam menjalani kehidupan.

Untuk rekod, Fizo dan Mawar mendirikan rumah tangga pada November 2013 namun bercerai pada 10 Julai 2019. Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan seorang anak perempuan bernama,  Wan Maryam.

Namun, pada 21 Oktober 2021, Fizo sekali lagi menamatkan zaman dudanya apabila memilih Fazeera Nazri Azrai yang juga bekas pramugari sebagai isterinya pada majlis yang diadakan secara tertutup di Bidaisari Resort, Janda Baik, Pahang.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 6 Aug 2019

TV3 Cari Bakat Baru Menerusi #BacaBeritaChallenge, Anda Layak? Jom Sertai!

Jom sertai #bacaberitachallenge dan menangi hadiah eksklusif misteri!

Hiburan Sat, 17 Nov 2018

“Saya Sudah Kembali Single, Kami Hanya Kawan Sahaja”

“Saya Dan Emma Sekadar Kawan, Kini Sedang Single”

Hiburan Wed, 21 Aug 2019

Sebelum Peluk Islam, Adam Corrie Mengaku Dirinya…

Sebelum memeluk Islam, Adam Corrie mengaku dirinya…

Hiburan Sat, 14 Sep 2019

Airmata Gembira Iringi Pernikahan Rizman

Semoga kekal hingga ke Jannah!

Featured Fri, 9 Sep 2022

Netizen Dakwa Video Tular Dedah Wajah Bilal, Ini Respons Neelofa

Pelanduk dua serupa kot ni? Hihi ☺️ Ramai tak sabar nak tengok muka comel Bilal kannn 🤪

Featured Wed, 16 Nov 2022

Buat Trend ‘Jealous? You Don’t Even Exist To Me’ Di TikTok, Ramai Terhibur Lihat Gelagat Ain Edruce & Suami

Sudah pasti ramai yang mengetahui, pengacara dan pelakon Ain Edruce sering kali mengusik suaminya, Amirul Hafiz sehingga berjaya meraih perhatian ramai di media sosial. Terbaharu, perkongsian Ain di TikTok miliknya sekali lagi mencuri tumpuan warganet […]

Hiburan Sun, 3 Nov 2024

Hanya 10 Finalis Bakal Ke AJL! Jom Semak 30 Lagu Yang Layak Ke Separuh Akhir Muzik-Muzik 39!

Jom semak senarai penuh 30 lagu yang layak ke Separuh Akhir Muzik Muzik 39!

error: Content is protected !!