Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi July 23, 2024 @ 8:00pm

Bekas Isteri Pertama Harap Datuk Red Bahagia Bersama Adira Suhaimi

Selepas usahawan, Datuk Red memaklumkan dia kini kembali menyulam cinta dengan bekas isteri, penyanyi Adira Suami, susulan itu ramai yang bertanya mengenai perasaan bekas isteri pertamanya, Sharifah Norshafila.

Memetik laporan mStar, Sharifah berkata dia dalam keadaan baik dan berharap orang ramai untuk terus mendoakannya terus kuat menempuh dugaan.

“Saya hanya mampu mendoakan yang baik-baik sahaja dan saya mohon doa semua semoga saya dapat bangkit dan kuat.

“Saya nak mulakan kehidupan yang baru,” katanya.

Sementara itu, Sharifah yang sebelum ini disapa sebagai Datin Red itu enggan mengulas dakwaan kononnya bekas suaminya itu ada memujuk untuk kembali bersama selepas tempoh idah.

“Saya tiada siapa-siapa. Sekarang hanya fokus pada diri sendiri dan anak-anak sahaja,” ujarnya lagi.

Datuk Red memaklumkan dia mempunyai perancangan untuk mengahwini semula bekas isterinya, penyanyi Adira Suhaimi pada Aidilfitri tahun hadapan.

Sharifah dan Datuk Red mendirikan rumah tangga pada 2005 dan mereka dikurniakan lima orang cahaya mata.

Sekadar info, Adira dan Datuk Red bercerai talak satu selepas sembilan tahun mendirikan rumah tangga pada 24 April lalu.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Anggrek, 6, Asan, 5, Anggun, 4, dan Ayob yang kini berusia dua tahun.

Artikel Berkaitan: Tempoh Idah Dua Bekas Isteri Selesai… Datuk Red Hilang Dari Radar, Tak Mahu Diganggu – “Doakan Dia Kembali Bersemangat”

Artikel Berkaitan: Unfollow Datuk Red Di Media Sosial, Adira Suhaimi Nak Jaga Pandangan & Hati

Sumber: mStar

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Thu, 21 Jan 2021

Kaedah & Tarikh Pembayaran Geran Khas Prihatin Tambahan

Info penting buat korang yang nak mohon GKP tambahan!

Hiburan Thu, 9 May 2019

‘Doakan Kami’- Giliran Altimet Sertai Misi Kemanusiaan Ke Syria

Jom terus berikan sumbangan, layari Instagram Cinta Syria Malaysia sekarang!

Hiburan Tue, 26 Feb 2019

Bintang Bersama Bintang 2019 tampil dengan wajah baru. Undian di Xtra bermula Mac ini!

Tahun baru, wajah baru! Nampaknya, rancangan Bintang Bersama Bintang kembali menghiburkan penonton TV3 pada tahun ini dengan menampilkan hos baru, peserta baru, juri baru dan pastinya lawak yang lebih menghiburkan penonton.

Hiburan Mon, 24 Sep 2018

#ABPBH31 : Tak Rasa Diri Popular Di Malaysia, Shiha Zikir Terkejut Terima Pencalonan

Berapa hari jugalah, saya cakap ‘ Mak, tak sangka betul’. Walau bagaimanapun, saya sedar diri Shiha di pasaran Malaysia tidak sehebat penerimaan di Indonesia.

Featured Fri, 20 Feb 2026

Amyza Aznan Diuji Lagi, Anak Kedua Disahkan Hidap Kanser Tulang

Pelakon dan pelawak, Amyza Aznan sekali lagi diuji apabila mendedahkan anak keduanya, Adrian Adam, disahkan menghidap kanser tulang.

Featured Fri, 7 Apr 2023
error: Content is protected !!