Euforia Bola 2026
Kes Mahkamah By: Atiqah Johari September 22, 2023 @ 12:49pm

Bekas Madu Miera Leyana Dedah Suami Tak Beri Duit Belanja Sejak September 2021 – “Tiba-Tiba Tanpa Sebarang Alasan”

Bekas madu pelakon Miera LeyanaMiera Leyana iaitu Adibah Mutalib mendedahkan bahawa dia dan anak-anak tidak mendapat perbelanjaan bulanan yang diperuntukkan sebanyak RM15,000 sejak September 2021 lagi.

Memetik laporan Harian Mtero, Adibah memberitahu di hadapan Hakim Abdul Fattah Kamarudin bahawa bekas suaminya, Rosland OthmanRosland Othman hanya memberi wang perbelanjaan penuh selama beberapa bulan selepas berkahwin dua dan kemudian dikurangkan malah hingga tidak mendapat langsung.

Adibah memaklumkan sedemikian ketika ditanya oleh peguam Rosland, Nurul Balqis Nordin dalam keterangan balas pihaknya pada perbicaraan sebutan kes nusyuz di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, semalam.

Malah, Adibah juga mendedahkan bekas suaminya itu secara tiba-tiba mengurangkan perbelanjaan tanpa alasan namun dia turut menzahirkan terima kasih kepada bekas suaminya.

“Masa mula-mula selepas dia (Rosland) berkahwin dua itu, memang bekas suami ada beri perbelanjaan bulanan penuh untuk saya dan anak-anak sebanyak RM15,000 selama tujuh hingga lapan bulan saja. Tapi, apabila nak hampir setahun, dia mula mengurangkan dan akhirnya tidak memberi langsung

“Malah, bekas suami juga mula tidak balik ke rumah saya, termasuk tidak memberi wang perbelanjaan seperti biasa. Dia hanya bayarkan sewa rumah, kereta, air elektrik dan internet saja,” kongsinya.

Bukan itu sahaja, Adibah turut menjelaskan bahawa dia membawa diri dan anak-anak bercuti pada 24 September 2021 kerana berasa sedih dan rasa terabai namun bekas suami mendakwanya ingkar perintah apabila tidak meminta izin keluar dari rumah.

“Sejak saya pergi hotel bersama anak-anak pada 24 September 2021 itu, dia (Rosland) block (sekat) saya daripada berhubung dengannya sampai sekarang serta berhenti memberi duit belanja dan hanya membayar keperluan asas seperti bil serta sewa rumah.

“Dia juga akan memberikan perbelanjaan sekiranya diminta oleh anak-anak. Untuk itu, saya ucapkan terima kasih kepada Rosland,” katanya tidak bersetuju didakwa nusyuz dan memberitahu sudah membuat permohonan maaf kepada bekas suaminya itu,” jelasnya.

Artikel Berkaitan: 28 Tahun Bina Rumah Tangga, Bekas Madu Miera Leyana Masih Tertanya-Tanya Punca Diceraikan – “Saya Tak Tahu Apa Kesalahan…”

Artikel Berkaitan: “Saya Okay Kalau Anak Pilih Bapanya” – Tak Jumpa Sejak Februari, Bekas Madu Miera Leyana Akhirnya Dapat Peluk Anak

Artikel Berkaitan: Suami Miera Leyana Kekal Tuntutan Nusyuz, Bekas Isteri Sedia Pertahankan Diri -“Tak Tahu Apa Dia Nak”

Artikel Berkaitan: Suami Fail Cerai Selepas 28 Tahun Berkahwin, Madu Dakwa Dah Lama Tak Pulang Ke Rumah Sejak Nikahi Miera Leyana?

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 21 Aug 2021

Mimi Loma Meninggal Dunia Dalam Tidur

Seniwati popular era 1960-an, Mimi Loma, 75, menghembuskan nafas terakhir ketika dalam tidur di kediamannya di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Seri Semarak, Kuala Lumpur, pukul 2.19 pagi ini. Khabar duka itu disampaikan oleh anak saudaranya […]

Featured Thu, 15 Jul 2021

Lockdown Tidak Gagal Sepenuhnya, Varian Baru Delta Paling Bahaya Ragut Beribu Nyawa

Kes baru COVID-19 di Malaysia hari ini mencatatkan sebanyak 13, 215 kes sekaligus menjadi antara kes tertinggi pernah dicatatkan di negara ini. Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Datuk Seri Dr Noor Hisham Abdullah, antara […]

Featured Sat, 25 Mar 2023

“Kami Mohon Puteri Sarah Berdamai Dengan Bersyarat, Tapi Dia…” – Patimah Ismail Mohon Henti Buat Spekulasi

Kasih sayang ibu mentua tiada penghujungnya ❤️ “Puteri Sarah menantu kami dunia akhirat, tiada pengganti” – Patimah Ismail

Hiburan Tue, 13 May 2025

“Jurusan B*d*h dan Tiada Hala Tuju?” – Aaron Aziz Tempelak DMA Islam

Aaron Aziz tegur DMA Islam kritik jurusan Masscom tiada hala tuju

Featured Wed, 9 Jun 2021

Selepas Kualiti Sinematografi, Lagu Tema Drama Masih Ada Rindu Pula Jadi Sebutan Ramai

Selepas tular mengenai  salah satu episod  dalam drama Masih Ada Rindu yang menunjukkan pelakon utama iaitu Mimi Lana berlakon di sebuah hospital yang kelihatan seperti bilik hotel, Drama Masih Ada Rindu kembali menjadi perbincangan hangat […]

Selebriti Mon, 5 Feb 2024
error: Content is protected !!