Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Faida July 1, 2018 @ 1:19pm

Berbaloi! Padi Reborn Live In KL Tak Mengecewakan

Gempak! Itu yang dapat kami simpulkan mengenai konsert Padi Reborn Exclusive Live In KL yang berlangsung malam tadi. Memang tak terasa langsung waktu berjalan.

Persembahan penuh energi yang diadakan di KL Live itu dimulakan dengan kemunculan kumpulan Pita Hati dengan rangkaian lagu popular mereka seperti Cahaya Buta, Sahabat dan Bintang Biru Kristal Salju.

Tepat jam 9.10 malam, dengan sorakan hampir 2000 penonton, kumpulan Padi Reborn memulakan persembahan dengan lagu Sang Penghibur diikuti dengan lagu Lingkaran.

Kemampuan vokal Fadly selaku vokalis Padi Reborn tak perlu dipertikaikan lagi, memang hebat!

Persembahan mereka dengan lagu Menanti Sebuah Jawaban dan Begitu Indah membuatkan suasana menjadi lebih meriah dengan nyanyian beramai-ramai.

Pemain drum meningkat naik, Amira Syahira yang membuat kemunculan istimewa bersama pemain drum Padi Reborn, Yoyo lebih menggamatkan suasana menerusi lagu Bayangkanlah.

Tak terhenti di situ saja, penyanyi Aizat Amdan muncul di pentas dengan nyanyian duet bersama Fadly dengan lagu Kasih Tak Sampai.

Penyanyi Aizat Amdan pula muncul berduet dengan mereka melalui lagu Kasih Tak Sampai dan turut menyampaikan single terbarunya, Sampai Hari Tua.

Sebagai penutup persembahan, Padi Reborn turut mempersembahkan lagu berjudul Hitam dan Sobat (panggilan mesra buat peminat Padi Reborn).

Antara lagu yang turut dimainkan Mahadewi, Ternyata Cinta, Semua Tak Sama, Seperti Kekasih, Sahabat Selamanya dan Sesuatu Yang Indah.

Terima Kasih Padi Reborn untuk malam yang cukup hangat, semoga ketemu lagi ya!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 31 Aug 2018

Tahniah! Zizie Ezette Hamil Lagi

steri kepada Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin berkongsi berita gembira ini di laman Instagramnya, hari ini.

Featured Mon, 28 Oct 2024

Sherry Ibrahim Dedah Ciri Lelaki Idaman – “Terpaling Sayang Mak Dia, That Will Make Me Melt More”

Ehemmmm…. Siapa yang menepati ciri-ciri idaman tu boleh lah cuba nasib😍

Hiburan Mon, 4 Nov 2019
Featured Tue, 23 Aug 2022
Hiburan Sat, 14 Mar 2026

“Ingat Dia Bergurau” – Suasana Kecoh Di Fiesta Mega Raya, Roslan Shah Terkejut Peminat Pengsan Lepas Ajak Bergambar

Seorang peminat wanita tiba-tiba pengsan selepas bergambar dengan Roslan Shah.

Hiburan Mon, 18 Dec 2023
Hiburan Tue, 1 Jul 2025
Hiburan Tue, 15 Oct 2019

Asyik Dibuli Netizen…Bintang K-Pop Ini Bunuh Diri!

Ternyata, kematian Sulli amat mengejutkan komuniti penggemar muzik K-pop di seluruh dunia. 

error: Content is protected !!