Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi July 24, 2025 @ 11:44am

Berbeza Agama Bukan Halangan, Kael Dedah Serius Bercinta Dengan Model Muslimah – “Ini Bukan Gimik, Saya Sanggup ‘Convert'”

Penyanyi dan pelakon, Kael mengesahkan dia kini sedang menjalin hubungan cinta bersama bekas model muslimah dan pempengaruh media sosial, Engku Sulwani sejak setahun lalu.

Walaupun pernah terpalit dengan beberapa kontroversi yang mengundang perhatian ramai, Kael atau nama sebenarnya Michael Lean Chien, menegaskan hubungan mereka bukanlah sekadar gimik.

“Hubungan kami telah masuk setahun. Cinta ini lahir dengan tulus dan ikhlas. Bagi saya, cinta bukan sesuatu yang boleh dijadikan gimik.

“Pada awalnya, kami mengambil masa untuk lebih mengenali satu sama lain sebelum mula bekerjasama secara profesional. Walaupun berbeza agama dan bangsa, itu bukan penghalang untuk kami memperkukuh hubungan,” katanya ketika dihubungi XTRA.

Pelantun lagu Angkasa itu turut mengakui hubungannya dengan Sulwani semakin serius, malah dia tidak menolak kemungkinan untuk memeluk Islam jika diberikan hidayah.

“Saya sudah berjumpa dengan ibu bapanya dan keluarga terdekat. Saya juga bersedia untuk memeluk agama Islam jika itu jalan terbaik. Semoga Allah beri hidayah kepada saya.

“Kami berdua serius dan berharap hubungan ini akan berakhir dengan ikatan perkahwinan. Namun buat masa ini, kami mahu terus fokus membina kerjaya dan meneroka peluang kolaborasi bersama,” ujarnya lagi.

Ketika ditanya mengenai keistimewaan Sulwani yang berjaya menawan hatinya, Kael menyifatkan wanita itu sebagai seorang yang mempunyai hati yang baik serta berjiwa besar.

“Dia seorang yang penyayang, pemurah, bijak dan berani menjadi dirinya sendiri tanpa perlu meniru sesiapa. Saya kagum dengan visinya dalam hidup.

“Lebih istimewa, dia sentiasa ada di sisi saya dalam apa jua keadaan, memberi sokongan saat saya memerlukannya. Saya benar-benar bersyukur atas kehadirannya dalam hidup saya,” katanya.

Terdahulu, nama Kael pernah menjadi sebutan netizen selepas videonya berpelukan mesra dengan Sulwani tular di media sosial, sekaligus mencetuskan pelbagai reaksi.

Bagaimanapun, Kael tampil memohon maaf atas insiden tersebut.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Engku Sulwani (Esul) (@engkusulwani)

Artikel Berkaitan: Video Peluk Model Muslimah Tular, Kael Terbuka Terima Teguran – “Saya Minta Maaf, Niat Asal Hanya Untuk…”

Artikel Berkaitan: Warganet Kutuk Aksi Terlebih Mesra Kael & Model Muslimah… Siap Pakai Baju Ketat & Berpelukan

Artikel Berkaitan: Video Menari Lagu APT Bersama Engku Sulwani Dikritik Tak Senonoh, Ini Penjelasan Kael – “Tolong Berfikiran Terbuka”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 11 Oct 2023
Featured Sun, 7 May 2023
Trending Thu, 24 Jun 2021

Segera Beri Bantuan Secara Tunai Kepada Isi Rumah – Pakar

Kita doakan agar semua pihak terlibat dipermudahkan urusan

Hiburan Mon, 6 Nov 2023
Featured Fri, 23 Aug 2024

“Ibu Rela Berkorban Untuk Anak-Anak Walau Terpaksa Lalui Jalan Berduri” – Patimah Ismail

Sebaknya! Yang mana masih ada mak… tak kisahlah ibu tunggal atau tak, tolonglah jangan abaikan mereka! Setiap saat tu sangat berharga😭❤️

Featured Fri, 24 Sep 2021

Boleh Balik Kampung Dalam Masa 2-3 Minggu Lagi

Semalam, Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato Seri Ismail Yaakob mengumumkan kerajaan akan membenarkan rentas negeri apabila kadar vaksinasi negara mencapai 90% populasi dewasa. Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan pembukaan semula beberapa pusat pelancongan terkemuka. […]

Trending Sun, 6 Oct 2019

Ambil Perhatian Lokasi Pelancongan Hanoi Kawasan Bebas Rokok

Destinasi Pelancongan Di Hanoi Jadi Kawasan Larangan Merokok

Featured Mon, 15 Aug 2022
error: Content is protected !!